SEORANG wanita mendakwa disindir pengusaha sebuah restoran gara-gara tindakannya membasuh sudu sebelum menjamu selera dengan suaminya.Dalam hantaran di Thread, dia mengakui terkejut dengan teguran itu sehingga hilang selera untuk menikmati makanan yang dipesan. "Kali pertama kena sindir dengan tauke sebab kita basuh sudu sebelum guna untuk makan. Dia kata... macam kotor sangat kedai ni. Terkedu kami laki bini tak terjawab.Sudu dan garfu yang kotor boleh menyebabkan pelanggan hilang selera untuk menikmati makanan. -Gambar hiasan"Padahal kedai tu kita selalu datang. Memang tak boleh ke pelanggan basuh sudu dulu sebelum guna? Saya baru tahu pelanggan tiada hak nak basuh sudu sebelum guna."Memang tak nak pergi dah kedai dia. Dah rancang nak bawa mak pergi situ, tapi cancel," tulis wanita itu lagi.Di ruangan komen, ramai netizen yang menyelar sikap peniaga berkenaan yang disifatkan seperti menutup periuk nasi sendiri.Wanita terkedu ditegur pemilik kedai gara-gara basuh sudu sebelum makan.Pemilik sentap kerana tindakan pelanggan seolah-olah menunjukkan sudu di kedainya tidak bersih.Pelanggan rasa kesal dengan teguran itu sehingga enggan lagi berkunjung ke premis sama.Ramai netizen menyelar sikap pengusaha kedai itu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Celupar mulut peniaga tu pun. Sempit rezeki salahkan sihir. Tapi mulut sendiri macam ahli sihir."Nak jadi peniaga kena pandai jaga hati pelanggan. Rezeki (pelanggan) depan mata, dilaharnya pula," tulis netizen.Menurut pelayar Thread lagi, langkah tambahan itu dirasakan perlu bagi mengelakkan sebarang kekotoran yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik kedai ‘sound’ pelajar... Pesan ‘fries’ kemudian guna WiFi, cas laptop berjam-jam - “Berbaloi tak bayar bil untuk dia je?”ARTIKEL BERKAITAN: Rimas dengar budak menangis, wanita cadang restoran ‘fine dining’ haramkan kanak-kanak bawah 12 tahun - “Sila makan di kedai mamak”"Memang korang patut basuh dulu sebelum makan. Aku kerja restoran dalam mall. Mereka tak basuh suduh tu, cuma simbah air je."Saya pun basuh dulu. Sudu tu atas meja, geli kalau ada orang terbersin dekat bekas sudu tu," tulis netizen.