suria

Mahu kebajikan ‘tip top’, pemuda daftar masuk ibu ke pusat jagaan orang tua... Tapi sedih ahli keluarga, kenalan pandang serong

Kebajikan warga emas lebih terjaga di rumah orang tua.. -Gambar hiasan AI

TANGGUNGJAWAB untuk menjaga ibu bapa yang sudah lanjut usia sepatutnya dipikul oleh anak-anak.

Di Thread, seorang pemuda mendedahkan dia dipandang serong oleh orang sekeliling gara-gara menghantar ibunya ke sebuah pusat jagaan.

"Kawan-kawan kutuk saya, keluarga pandang sinis dekat saya kerana hantar mak ke rumah orang tua.

Segelintir warga emas memilih untuk duduk di rumah orang tua kerana tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka. -Gambar hiasan AI

"Salah ke? Saya hantar sebab saya tak boleh nak jaga mak saya. Saya bekerja. Tak boleh ke? Hina sangat ke?

"Kalau saya biar mak kat rumah sendirian, lepas tu dia jatuh dan patah tangan, siapa yang salah? Saya juga kan?" tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong pemuda itu kerana tindakan tersebut adalah demi kebaikan ibunya sendiri.

  • Pemuda kongsi kisahnya hantar ibu ke rumah orang tua.
  • Dia terpaksa berbuat demikian kerana kekangan kerja.
  • Orang sekeliling pandang serong dan kutuk tindakannya.
  • Netizen kata ibunya lebih terjaga jika diletakkan di rumah orang tua.

"Daripada emak duduk sendirian di rumah. Sekurang-kurangnya di situ ada kawan dan ada orang jaga elok-elok.

"Tak salah pun. Cuma stigma, masyarakat fikir pusat jagaan ni tempat orang tua kena buang. Padahal tak pun.

"Yang salah kalau tinggalkan mereka lepas tu buat tak tahu," tulis beberapa netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap gaduh dengan mak, anak derhaka kini menyesal! Ada sesuatu jentik hati lepas keluar rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Bayar yuran pusat jagaan hampir RM5,000 demi beri ibu kehidupan terbaik, wanita kerja 'oil and gas' stres saudara mara cop anak derhaka

Malah, bebebarapa individu turut meluahkan hasrat mereka untuk menginap di rumah orang tua selepas bersara kelak.

"Aku dan isteri rancang nak duduk rumah jagaan sebab tiada anak. Rumah jagaan sekarang tak macam dulu. Dah moden dan selesa.

"Mak saya pun minta dihantar ke rumah orang tua. Dia bukan tak suka anak cucu, tapi dia cakap boleh beribadah dengan tenang di rumah orang tua.

"Saya pun merancang nak cari rumah persaraan nanti. Sebab saya sendirian saja," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain