suria

Kerap tidur rumah adik angkat lelaki, bekas suami malu besar di mahkamah... Terbongkar rahsia tak pernah ‘sentuh’ isteri!

Wanita merana suami enggan menyentuhnya sepanjang perkahwinan. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berkongsi pengalaman pahit apabila rumah tangga yang dibina hanya bertahan selama tiga bulan selepas mendakwa bekas suaminya gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Menurut wanita itu, masalah mula timbul sejurus selepas mereka mendirikan rumah tangga apabila suaminya memberi alasan kediaman milik wanita berkenaan terlalu jauh dari tempat kerjanya.

Malah, lelaki tersebut turut memberi alasan bahawa isterinya tidak pandai menghias rumah, sekali gus menambah ketegangan dalam hubungan mereka.

Pelbagai alasan tidak masuk akal diberikan pasangan apabila sudah berubah hati. -Gambar hiasan AIPelbagai alasan tidak masuk akal diberikan pasangan apabila sudah berubah hati. -Gambar hiasan AI

"Hari pertama masuk dia merungut kata rumah saya jauh dari tempat kerja iaitu kira-kira setengah jam perjalanan. Lepas tu dia merungut lagi kata rumah ni simple sangat.

"Aku hanya diam. Rumah ni aku beli selepas empat tahun kerja. RM5,000 aku habiskan untuk pasang grill, beli perabot, lampu dan sebagainya. Tapi dia kata simple sangat dan aku tak pandai hias," kongsi wanita itu.

Dalam masa sama wanita itu mendakwa suaminya juga kerap bermalam di rumah adik angkat lelaki kerana dikatakan jaraknya lebih dekat ke tempat kerja.

Situasi yang dilalui pasangan ini turut menjejaskan hubungan kelamin antara mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini pegang status PLHIV lepas setahun kahwin... Derita akibat suami kejam amal hubungan luar tabii

ARTIKEL BERKAITAN: Ada cara nak kenal suami gay, biseksual... Peguam syarie kongsi ciri-ciri berdasarkan pengalaman kendali kes

"Dua bulan kahwin tapi tidak berlaku apa-apa. Apabila aku cuba duduk sebelah, dia kata panas. Selalu aku usaha ambil hati dia. Aku cuba pakai seksi. 

"Dia kata aku tak tahu malu. Dia kata aku macam sundal. Dia tak nak jadi suami, dia nak jadi kawan saja," katanya lagi.

Tidak tahan dengan situasi itu, wanita berkenaan mengemukakan aduan di pejabat agama dan memfailkan tuntutan fasakh sebelum kes dibawa ke mahkamah syariah.

"Ayat dia tu membawa aku ke pejabat agama, aku terus buat aduan. Buat tuntutan fasakh. Dia pujuk. Dia kata nak cerai tunggu la raya dulu.

"What the hell, ingat aku ni perhiasan yang boleh kau tayang masa raya nanti? Malah keluarga dia marah aku, mereka kata ingat senang ke jadi janda," katanya.

  • Wanita kongsi perkahwinan tiga bulan berakhir akibat suami didakwa abaikan tanggungjawab.
  • Suami sering mengkritik rumah dan beri alasan kediaman jauh dari tempat kerja.
  • Lelaki itu didakwa kerap bermalam di rumah adik angkat.
  • Wanita memfailkan fasakh selepas suami mahu hubungan sekadar kawan.
  • Talak satu dijatuhkan selepas suami disahkan tidak pernah menyentuh isteri.

Walaupun suaminya cuba memujuk agar perceraian ditangguhkan sehingga selepas Aidilfitri, dia tetap meneruskan keputusan untuk berpisah selepas lelaki itu jarang pulang ke rumah dan enggan berbincang.

"Kepada keluarga, dia cerita keburukan aku. Tapi di mahkamah, aku cuma cakap satu. Dia tak pernah sentuh aku. Muka dia merah. Hakim terus tanya dia nak lafaz tak, dia angguk, dan jatuh talak satu.

"Hakim senyum dan kata awak tiada idah, keluar mahkamah nak terus nikah pun boleh," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang berkata wanita itu seharusnya bersyukur kerana berpisah dengan lelaki tersebut.

"Tak pernah sentuh, selalu tidur rumah adik angkat. Elok la cerai, besar kemungkinan dia ni 'sesuatu'.

"Untung bertindak cepat. Dapat jadi pengantin berhias. Kawan saya sampai ada anak. Rupanya dapat suami gay," komen netizen.

Artikel Lain