Wanita terkejut apabila kekasihnya tiba-tiba merendahkan statusnya sebagai ibu tunggal. -Gambar hiasan AI
SEORANG wanita berstatus ibu tunggal meluahkan rasa terkilan apabila maruahnya sebagai wanita seolah-olah dipijak oleh kekasih hati.Berkongsi cerita, ujar ibu kepada dua cahaya mata ini, segalanya bermula apabila lelaki berkenaan menyatakan hasrat untuk berbincang secara serius mengenai soal perkahwinan meskipun hubungan mereka masih di peringkat awal. "Baru kenal seseorang ni tapi dia ajak bincang mengenai perkahwinan," luahnya ringkas di Thread.Dia yang pada awalnya bersetuju dengan perbincangan tersebut bagaimanapun terkejut apabila lelaki terbabit menyatakan perkahwinan yang bakal berlangsung itu tidak memerlukan mahar atau hantaran.Wanita bergelar janda sering dipandang hina oleh segelintir individu. -Gambar hiasan"You ni patut nikah free je, tiada hantaran. Itu pun kira okey nak bagi RM22.50 tau," katanya merujuk kepada nilai mas kahwin yang ditetapkan mengikut negeri.Bagaimanapun pengadu berkata dia masih cuba meneruskan perbincangan dengan menerangkan alasan mahu diberikan wang hantaran kerana ia akan digunakan untuk majlis kecil bagi memaklumkan tentang perkahwinan mereka."Aku nak buat majlis kesyukuran juga tapi dia balas... kalau macam ni, tak kahwin sampai mati pun tak apa," luahnya dalam nada sayu.Ibu tunggal terkilan kekasih cadang kahwin tanpa hantaran.Lelaki dakwa wanita itu patut nikah “free” sahaja.Hanya beri mas kahwin RM22.50 dan tolak majlis kesyukuran.Wanita persoal maruah janda dipandang rendah.Netizen kecam lelaki, nasihat wanita tinggalkan hubungan. Ringkasan ini dijana oleh AIMengakui kecewa dengan layanan yang diterima, dia turut mempersoalkan adakah statusnya sebagai seorang janda menyebabkan lelaki itu memandang rendah maruah dirinya sehingga tidak layak diraikan dalam sebuah majlis yang sempurna."Rendah sangat ke maruah janda ni?" ajunya kecewa.Luahannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen termasuk golongan wanita bergelar ibu tunggal.ARTIKEL BERKAITAN: “Badan dia dah ramai orang sentuh!” - Wanita 2 kali menjanda dianggap ‘low class’, tak layak jadi menantuARTIKEL BERKAITAN: Bapa 'sedap' nikah janda muda... Suruh anak-anak sara bini baharu dan 'berderet' adik tiri - "Kadang-kadang RM3,000 pun tak cukup"Tidak kurang juga yang menyelar lelaki tersebut kerana dilihat seolah-olah ingin berkahwin secara percuma."Sebenarnya dia tu miskin, tapi gatal nak berbini, jadi dia rasa kahwin janda ni free sebab kalau anak dara kena keluar belanja banyak."Saya ibu tunggal anak satu berkahwin dengan lelaki bujang, dia beri saya RM10,000 beserta cincin emas belah rotan tebal dan rantai tangan emas."Kalau macam ni, baik tinggalkan dia je, saya dah terselamat dari orang macam tu," demikian reaksi netizen.