SEORANG pembayar zakat buntu dan tertanya-tanya mengenai kaedah sebenar penentuan kadar bayaran zakat fitrah yang diwajibkan keatas umat Islam.Menurut individu berkenaan, persoalan itu muncul selepas dia berurusan dengan seorang amil ketika berkunjung ke sebuah masjid di Kuantan, Pahang. "Tahun ni kadar paling rendah RM8 bagi beras tempatan. Aku pun keluarkan RM40 untuk lima orang termasuk aku.Jenis beras yang dimakan menentukan jumlah kadar bayaran zakat fitrah. -Gambar hiasan AI"Tapi sebelum urusan pembayaran tu, amil tanya aku makan beras tempatan atau import," katanya.Lelaki itu memaklumkan dia dan keluarga hanya makan beras biasa yang paling murah terdapat dalam pasaran."Aku jawab yang mana murah pada masa tu... aku akan beli.ARTIKEL BERKAITAN: Sudah bertahun bayar zakat fitrah nenek... Sekali terlewat, lelaki ini dakwa dilayan berbeza - “Bukti bukan cucu kesayangan”ARTIKEL BERKAITAN: Baru bertunang dah ‘feeling’ nak bayar zakat fitrah untuk bakal isteri... Sah atau hanya sia-sia?"AKu cakap beras biasa je macam Faiza, Jati atau Rambutan asalkan ia paling murah. Tak tahu pula sama ada ia tempatan atau import," katanya.Amil kemudian memaklumkan bahawa kebanyakan beras yang dijual di pasar raya merupakan beras import, sekali gus menetapkan kadar zakat sebanyak RM14 seorang."Dia cakap beras dekat pasar raya di Kuantan ni semua beras import, tiada beras tempatan."Aku terkejut. Tiba-tiba kena bayar sekali ganda iaitu RM14," katanya.Lelaki terkejut kadar zakat fitrah naik kepada RM14 seorang selepas ditanya jenis beras dimakan.Dia menyangka hanya perlu bayar RM8 seperti kadar minimum tahun ini.Amil memaklumkan beras pasar raya kebanyakannya beras import.Walaupun keliru, lelaki itu tetap meneruskan bayaran.Kadar zakat di Pahang ditetapkan mengikut jenis beras, namun bayar lebih tinggi adalah digalakkan.Ringkasan ini dijana oleh AINamun, dia menegaskan perkongsiannya itu bukan bertujuan mempertikaikan kewajipan zakat, sebaliknya ingin mendapatkan penjelasan sama ada amil mempunyai kuasa menentukan jenis beras serta kadar yang perlu dibayar."Aku dah serba salah. Biasa orang kata bayar zakat ikut kemampuan. Tapi takkanlah aku nak cakap tak boleh. Dah duduk jadi aku bayar la."Concern aku satu je, memang amil ke yang tentukan beras apa yang kita makan, berapa kita kena bayar? Memang begitu ke? Ini sekadar soalan supaya aku faham," katanya.Jabatan MuftiSemakan mStar di laman sesawang Jabatan Mufti Negeri Pahang mendapati Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 05/2025 yang bersidang pada 8 Disember lepas memutuskan kadar harga zakat fitrah bagi tahun 1447H/2026M berdasarkan kepada jenis beras yang dimakan oleh umat Islam di negeri itu.Kadar yang ditetapkan ialah RM8 (beras tempatan), RM14 (import, wangi, perang) dan RM21 (basmathi, Jepun, pulut) dengan mengambil kira harga semasa yang dikeluarkan oleh Lembaga Beras Negara dan beras Madani.Mesyuarat juga memutuskan agar pembayaran zakat fitrah oleh umat Islam di negeri itu boleh berdasarkan beras sebenar yang dimakan secara harian, iaitu jika makan beras yang mahal maka bayaran zakat fitrah digalakkan dibayar dengan kadar yang lebih.Sementara itu Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan hukum seseorang yang makan beras import dan ingin mengeluarkan zakat mengikut kadar beras tempatan adalah harus. Meskipun begitu, sekiranya seseorang itu berkemampuan untuk mengeluarkan zakat melebihi kadar yang diwajibkan atau menunaikan mengikut kadar jenis beras yang dimakan sebagaimana diamalkan kini, maka ia amatlah digalakkan dan sunat hukumnya.