Sikap biadab hanya akan membuatkan anda hilang penghormatan daripada orang sekeliling. -Gambar hiasan AI
MENCARI meja kosong di kawasan medan selera yang sesak mungkin perkara biasa, namun sikap biadab segelintir pelanggan boleh mengundang rasa kurang senang sesiapa sahaja.Itulah pengalaman yang dilalui seorang pemuda ketika sedang menikmati hidangan makan tengah hari di sebuah medan selera pada waktu puncak. Menurutnya, ketika itu hanya terdapat sebuah meja kosong untuk empat orang.Memandangkan waktu rehatnya hanya sejam, dia mengambil keputusan untuk duduk di situ.Berbudi bahasa akan menyebabkan anda mudah disenangi ramai. -Gambar hiasan AI“Tak sampai dua minit, datang seorang abang yang memakai gelang silver terus kata kat aku... bro, datang seorang tak payah selfish duduk meja besar. Anak bini aku nak makan. Aku tunggu kau.“Aku baru nak jelaskan yang memang tinggal meja ini sahaja, terus dia potong ayat,” katanya berkongsi perbualan antara mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita disimbah air sirap bandung di medan selera, dituduh curang dengan kawan sendiri! - “Kau tiada jantan lain?”ARTIKEL BERKAITAN: Ibu hamil tak dapat tempat duduk dalam tren digesa bersuara, bukan mengeluh di media sosial - “Bukan semua orang perasan awak mengandung”Pemuda itu berkata, dia sebenarnya mahu menawarkan lelaki berkenaan untuk berkongsi meja memandangkan dia hanya datang bersama isteri dan seorang anak yang berada dalam kereta sorong.Namun, sikap lelaki itu yang dianggap kurang sopan menyebabkan dia berubah fikiran.“Aku sebenarnya nak offer duduk sama-sama sebab mereka tiga beranak sahaja, tetapi perangainya macam apa lagi... jadi aku malas nak layan.“Aku cuma minta dia tunggu sekejap dan suruh dia pergi buat pesanan dulu. Aku tengah makan hot plate yang berasap, terpaksa makan kelam-kabut sampai melecur lidah,” katanya.Menurut pemuda itu lagi, tidak lama kemudian sebuah keluarga lain datang dan bertanya sama ada mereka boleh mengambil kerusi dari meja tempat dia makan.Lelaki minta pemuda tinggalkan meja makan kerana datang seorang.Niat nak kongsi meja terbantut selepas lelaki itu bercakap kasar.Pemuda beri meja kepada keluarga lain sebelum beredar.Lelaki itu hanya mampu menggaru kepala melihat meja diberikan kepada orang lain.Netizen sokong tindakan pemuda yang dianggap ‘mengajar’ lelaki kurang sopan itu.Ringkasan ini dijana oleh AI“Dengan sifat dengki yang muncul secara tiba-tiba aku terus cakap... tak apa, ambil sahaja sekali meja ini. Gabungkan terus.“Aku terus bangun dan beredar,” katanya.Tambahnya, ketika membasuh tangan, dia sempat melihat lelaki yang sebelum itu memintanya meninggalkan meja berkenaan sedang menggaru kepala.“Kalau aku tak dapat makan dengan tenang, kau pun jangan harap dapat meja itu,” katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang berpandangan tidak salah jika lelaki tersebut bercakap dengan nada yang sopan kepada pemuda berkenaan."Bagus ajar dia macam tu, boleh je datang minta elok-elok ni minta macam nak gaduh, merasa la."Acah-acah gangster la tu datang pakai gelang, memang patut ajar macam tu kalau tak beradab," komen warga maya.