Tugas sebagai bridesmaid lazimnya digalas oleh sahabat rapat yang paling dipercayai oleh pengantin. -Gambar hiasan AI
TUGAS sebagai bridesmaid atau pengiring pengantin perempuan bukan sekadar memegang dulang hantaran dan bergambar cantik di samping mempelai semata-mata.Sebaliknya, mereka turut memainkan peranan penting dalam membantu menguruskan pengantin agar majlis berlangsung dengan lebih teratur dan lancar. Namun menurut seorang gadis, pengalaman ketika majlis perkahwinan kenalannya membuatkan dia risau untuk melantik rakan-rakan sebagai pengiring hari bahagianya kelak.Pengantin pastinya mahu majlis berjalan dengan lancar dan sempurna. -Gambar hiasan AI"Adakah aku pentingkan diri sendiri kalau tak ambil kawan-kawan sebagai bridesmaid? Hari tu ada seorang kawan aku kahwin. Kami semua jadi bridesmaid."Aku jadi pengapit, aku tengok kawan-kawan lain langsung tak berfungsi. Sekadar pegang dulang je," luah gadis itu.Lebih membuatkan dia bengang, gadis itu berkata rakan-rakannya lebih fokus untuk bergambar berbanding membantu pengantin sepanjang majlis berkenaan.Gadis enggan lantik rakan-rakannya sebagai pengapit majlis perkahwinannya nanti.Dia tahu rakan-rakannya itu tidak boleh diharap dan hanya mahu bergambar sahaja.Dia membuat keputusan itu selepas melihat perangai mereka di majlis salah seorang rakannya.Ramai netizen menyokong keputusan gadis itu bagi mengelakkan konflik dalam persahabatan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Lepas tu melenggang ambil gambar. Langsung tak kisah dengan pengantin. Aku je yang banyak tolong. Bukanlah aku ni 'terpaling' bagus, tapi sumpah sakit hati tengok mereka 'wujud' masa ambil gambar je."Bukan ke kerja bridesmaid ni jaga pengantin juga? Ini semua letak atas kepala aku untuk uruskan pengantin," ujarnya menerusi Threads.Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan gadis itu yang berhasrat untuk tidak menggunakan khidmat rakan-rakannya sebagai pengiring majlis.ARTIKEL BERKAITAN: Tinggal seminggu sebelum majlis, 5 ‘bridesmaid’ tarik diri... Bakal pengantin kecewa kawan mungkir janji, ‘cipta’ macam-macam alasan!ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali 'tragedi'! Selepas 5 bulan nikah, pengantin terkejut 'ditenggelamkan' pelamin, bridesmaid... Seminggu sebelum kahwin pun ada kisah tragisSebahagian besar netizen berpendapat bahawa kemelut yang berlaku sewaktu hari bahagia bukan sahaja merosakkan suasana majlis, malah berisiko merenggangkan hubungan persahabatan sesama mereka."Ambil je pembantu pengantin dik. Bridesmaid zaman sekarang semua nak menggedik je. Kalau boleh ambil yang dah kahwin, jadi dia lebih faham apa nak dibuat masa majlis."Samalah. Saya rancang kahwin nanti, kawan-kawan datang sebagai tetamu je. Saya dah tengok perangai masing-masing," tulis netizen.