Ujian yang datang pada saat-saat akhir sebelum hari bahagia sememangnya menguji ketabahan bakal pengantin. -Gambar hiasan AI
BAGI sesetengah bakal pengantin, kehadiran bridesmaid bukan sekadar menceriakan majlis, malah mereka juga memainkan peranan penting membantu melancarkan pelbagai urusan pada hari bahagia.Namun, tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan apabila individu diharapkan untuk membantu tiba-tiba menarik diri hanya beberapa hari sebelum majlis berlangsung. Itulah situasi dilalui oleh seorang wanita apabila beberapa rakannya menarik diri pada saat akhir, sekali gus membuatkan dia buntu memandangkan majlis perkahwinannya dijadualkan berlangsung minggu depan.ARTIKEL BERKAITAN: Artis inai terkedu ‘bridesmaid’ datang pakai veil, bersolek sakan mengalahkan raja sehari - “Mati-mati ingat dia pengantin”ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali 'tragedi'! Selepas 5 bulan nikah, pengantin terkejut 'ditenggelamkan' pelamin, bridesmaid... Seminggu sebelum kahwin pun ada kisah tragis"Saya sepatutnya ada lapan orang bridesmaids dan setiap seorang dah ditugaskan untuk tugas tertentu. "Tiba-tiba seorang tarik diri sebab ada kerja last minute. Seorang lagi tarik diri sebab tak boleh balik lambat, seorang lagi cancel sebab husband tak dapat cuti. "Seorang lagi cancel sebab salah seorangnya cancel. Sekarang ada tiga bridesmaids sahaja," luahnya di Threads. Menurut wanita itu, keadaan tersebut menyebabkan beberapa tugasan penting kini tidak mempunyai individu untuk menguruskannya.Bridesmaid atau gadis dulang seolah-olah sudah menjadi trend ketika ini. -Gambar hiasan AI"Dah buat dulang lima tapi tiada yang pegang, goodies VIP dan kek tiada yang tengokkan. "Keluarga saya semua rewang dan saya hanya ada keluarga kecil jadi memang yang simple minta bantuan bridesmaids," luahnya.Bukan hanya buntu memikirkan persiapan majlis yang berbaki beberapa hari, wanita itu turut mengakui berasa sedih dan kecewa apabila mengenangkan pengorbanannya terhadap rakan-rakan sebelum ini seolah-olah tidak dihargai.Seorang wanita sedih apabila 5 rakan tarik diri daripada menjadi bridesmaid di hari bahagianya.Lebih menyedihkan, rakannya beritahu pada saat akhir, iaitu seminggu sebelum majlis.Mereka memberikan pelbagai alasan, antaranya mempunyai kerja saat akhir.Situasi itu menyebabkan wanita berkenaan sedih memandangkan dia hadir dalam kesemua majlis rakannya.Perkongsiannya menyentuh hati ramai netizen malah ada yang sanggup tawarkan diri menggantikan tempat rakan-rakannya.Ringkasan ini dijana oleh AI"Masa diorang kahwin, saya ambil cuti. Siap berkampung dalam kereta dari 5 pagi sampai 10 malam hanya untuk hadiri majlis nikah dan sanding. Ulang alik 200 kilometer dengan tunang saya untuk tetap hadir."Sedih la. Betullah, kita jangan berharap dekat orang sebab orang takkan ingat kebaikan kita," kongsinya.Luahan wanita tersebut ternyata mengundang simpati warga maya yang memahami betapa besarnya cabaran membuat persiapan pada saat-saat akhir, lebih-lebih lagi apabila individu diharapkan untuk membantu menarik diri secara mengejut. Namun apa lebih menyentuh hati, ramai yang sanggup menawarkan diri untuk membantu wanita berkenaan agar gembira meraikan hari bahagianya.