suria

Wanita disimbah air sirap bandung di medan selera, dituduh curang dengan kawan sendiri! - “Kau tiada jantan lain?”

Salah faham menyebabkan seorang wanita disimbah air. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berkongsi detik memalukan apabila dia disimbah minuman oleh individu tidak dikenali ketika berada di sebuah medan selera.

Menceritakan semua kejadian, wanita itu berkata segalanya bermula apabila dia keluar makan bersama suami dan seorang lagi rakan lelaki mereka yang dikenali sebagai Wan.

Selepas selesai makan, suaminya meminta diri untuk ke tandas dan meninggalkannya berdua bersama Wan di meja.

Duduk bertiga dapat mengelak salah faham. -Gambar hiasan AI

Duduk bertiga dapat mengelak salah faham. -Gambar hiasan AI

"Tiba-tiba ada seorang perempuan ni datang tegur Wan. Dia tanya dekat Wan, aku ni siapa. Wan cakap la yang aku ni kawan dia.

"Minah ni tak percaya, dia cakap si Wan curang. Mereka bertekak, aku diam sambil mesej suami suruh cepat keluar dari tandas," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu hamil tak dapat tempat duduk dalam tren digesa bersuara, bukan mengeluh di media sosial - “Bukan semua orang perasan awak mengandung”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami mengamuk, geram pekerja syarikat kurier merenyam dengan isteri dalam WhatsApp! - “Kenapa panggil sayang, bini orang tu!”

Situasi yang pada mulanya sekadar pertengkaran mulut bertukar tegang apabila perempuan terbabit bertindak lebih agresif terhadapnya.

"Minah ni tengok aku, dia ambil sirap bandung aku terus simbah. Aku terkejut dan tengking... kau apa hal?

"Minah tu cakap... kau dah tak ada jantan lain?," katanya.

Mujurlah, seorang pelanggan lain yang menyaksikan kejadian itu tampil menjelaskan bahawa wanita berkenaan sebenarnya datang bersama suami yang ketika itu berada di tandas.

"Pelanggan tu tunjuk arah tandas. Minah tu cuma 'eh', kemudian terus jalan melarikan diri, mungkin sebab dia malu.

"Wan terus kejar minah yang tengah tantrum tu, aku pula tengah menahan geram sebab suami lama sangat dalam tandas," ceritanya lagi.

  • Wanita disimbah minuman akibat salah faham di food court.
  • Suspek menuduh rakannya curang tanpa usul periksa.
  • Kejadian berlaku ketika suami mangsa berada di tandas.
  • Situasi reda selepas orang awam tampil menjelaskan keadaan sebenar.
  • Netizen kecam tindakan agresif dan tidak matang wanita terbabit.

Suaminya yang baru kembali ke meja kemudian terkejut melihat pakaian isterinya basah, sebelum dia menjelaskan tentang insiden tersebut.

"Aku tak malu pun lagi pun salah faham je. Tapi ramai orang tengok, ada yang ambil video," katanya.

Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya berasa geram dengan tindakan melulu perempuan tidak dikenali itu.

"Patut dia minta maaf. Main sembur saja. Dah salah terus blah macam itu saja. Kenapa kau tak lempang saja perempuan tu?

"Kau biar saja kena simbah air padahal bukan salah kau pun," demikian antara komen warga maya.

Artikel Lain