PENCARUM Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berusia 55 tahun pasti berasa teruja apabila akhirnya berpeluang mengeluarkan hasil 'tabungan' masa muda.Namun, lain pula ceritanya dengan lelaki ini apabila wang simpanan yang diharapkan bertahan hingga ke akhir hayat, habis dalam sekelip mata.Akibatnya, lelaki tersebut kini terpaksa bergantung hidup sepenuhnya kepada anak-anak.Kisah hiba ini diceritakan semula oleh menantu perempuannya yang berasa terbeban dan terpalit dengan masalah kewangan berpunca daripada sikap bapa mentuanya itu.Konflik keluarga sering berlaku akibat masalah kewangan. -Gambar hiasan AI "Bapa mentua aku mudah je, umur 55 tahun terus declare tak ada duit pada anak-anak. KWSP habis dan simpanan pun tak ada."Rumah anak bayar, kereta pun beli baharu padahal (Perodua) Kancil masih elok lagi. Alasannya kereta dah berusia lebih 20 tahun, anak juga bayar," luahnya di Thread.Menyifatkan bapa mentuanya mempunyai selera tinggi, wanita ini turut meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia dan anak-anak terpaksa hidup menyewa di unit flat demi memenuhi kehendak warga emas tersebut.Lebih menyakitkan hati, lelaki berusia 65 tahun itu dengan bangganya mendakwa rumah jenis teres yang didiaminya ketika ini adalah miliknya sendiri.Lelaki keluarkan semua KWSP usia 55 tahun.Wang habis, kini bergantung pada anak-anak.Beli kereta baharu, rumah pula anak tanggung.Menantu tertekan terpaksa menyewa flat.Netizen simpati, salahkan sikap suami dan bapa mentua.Ringkasan ini dijana oleh AI"Suami aku kena beli rumah teres untuk dia sebab dia tak mahu tinggal menyewa, kemudian dia cakap yang rumah tu dia punya."Menyirap je, aku pula yang kena duduk flat," tambahnya yang merasakan sikap bapa mentuanya itu sebagai menyusahkan.Menurut wanita ini, bapa mentuanya kini berkhidmat sebagai pengawal keselamatan bagi menampung kehidupan harian selain membayar hutang yang masih bersisa.Pernah menyuarakan keinginan untuk tinggal bersama di rumah teres berkenaan, namun hasratnya dihalang oleh suami.ARTIKEL BERKAITAN: “Hidup, mati asyik susahkan orang” - Pemuda bingung arwah bapa tinggal hutang RM700,000... Semasa hayat culas nafkah!ARTIKEL BERKAITAN: Wanita patah balik ke rumah mentua, tergores hati keluarga tengah syok ‘kenduri’ lauk sedap - “Tadi kami ada tak nampak pun”Malah dakwanya, suami enggan tinggal bersama kerana mendakwa bapanya mempunyai sikap yang pelik.Disebabkan situasi itu, ibu kepada lima cahaya mata ini terpaksa berhempas-pulas menampung kos perbelanjaan keluarga termasuk urusan cukai jalan, insurans kenderaan, serta cukai rumah.Hantaran yang dibuatnya itu menjadi tular dan mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen, yang mana rata-ratanya bersimpati dengan nasib dialami."Sebagai seorang yang dah berkahwin dan ada mertua toksik, saya salahkan suami awak seperti saya salahkan suami saya."Suami tahu tak tanggungjawab utama dia? Kalau keperluan tak apalah lagi, ini kehendak... macam tak adil pula," demikian reaksi netizen.