suria

“Hidup, mati asyik susahkan orang” - Pemuda bingung arwah bapa tinggal hutang RM700,000... Semasa hayat culas nafkah!

Waris si mati perlu melangsaikan hutang berkaitan. -Gambar hiasan AI

SEORANG pemuda meluahkan rasa kecewa apabila dia terpaksa memikul beban hutang bernilai lebih setengah juta selepas kematian bapa kandungnya.

Berkongsi situasi dialami, ujar anak sulung daripada tujuh beradik ini, bapanya meninggal dunia dan meninggalkan hutang tertunggak sekitar RM700,000.

"Harta yang ditinggal pula sekitar RM200,000.

"Saya anak sulung daripada tujuh beradik. Ada tiga mak berbeza. dua adik lagi masih bersekolah dan balu (ibu tiri, bercerai mati) warga Thailand," luahnya di Facebook.

Ahli keluarga dan waris bertanggungjawab menguruskan hutang si mati. -Gambar hiasan

Ahli keluarga dan waris bertanggungjawab menguruskan hutang si mati. -Gambar hiasan

Menurut anak muda ini, masalah timbul apabila tanggungjawab penuh melangsaikan hutang arwah diberikan kepadanya.

Situasi dialami itu membuatkan dia berasa terbeban kerana tidak mampu melangsaikan jumlah berkenaan memandangkan hanya bekerja dalam sektor kerajaan dengan gred 27.

"Adik-adik lain pula berpendapatan tidak tetap. Salah satu aset arwah ialah sebuah rumah yang disewakan dengan kadar RM1,000 sebulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa bankrap meninggal tanpa sempat langsai pinjaman lebih 50K... Anak buntu 'dikejar' syarikat pengutip hutang

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa dah meninggal, individu mengaku rakan sekerja tuntut hutang 10 tahun lalu! Waris banyak soal, ragu-ragu nak bayar

"Tapi bayaran pinjaman bulanan mencecah RM2,500 selepas dua kali pembiayaan semula (refinance)," adunya lagi.

Ujar pemuda ini, disebabkan tidak mampu membayar pinjaman perumahan, dia mengambil keputusan untuk membiarkan rumah tersebut disita dan dilelong oleh pihak bank.

  • Pemuda kongsi beban hutang RM700,000 ditinggalkan arwah bapa.
  • Harta cuma sekitar RM200,000, ibu tiri warga Thailand.
  • Dakwa semua hutang diletak atas tanggungjawabnya, gaji gred 27.
  • Rumah arwah disita bank selepas tak mampu bayar ansuran.
  • Luah kecewa, kata arwah culas nafkah semasa hidup.

Lebih menambah rasa sedih apabila pengadu mendedahkan bahawa ibu dan arwah bapanya sudah berpisah sejak 2002.

Malah dalam tempoh itu arwah ayahnya didakwa sentiasa culas dalam soal pemberian nafkah.

"Saya memang tak nak bayar. Arwah dulu pun banyak culas nafkah dengan mak.

Warga maya berkongsi pandangan dan nasihat.

Warga maya berkongsi pandangan dan nasihat.

"Hidup menyusahkan orang, mati pun menyusahkan orang," katanya dengan nada kecewa.

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya termasuk mencadangkannya supaya menjual aset arwah bagi melunaskan hutang.

"Tak perlu bayar pun. Arwah yang berhutang, abaikan je. Semoga dipermudahkan urusan ya.

"Cari ejen untuk jual rumah tu, kalau bank lelong nanti harga lagi murah.

"Hutang akan dibayar daripada harta pusaka si mati terlebih dahulu sebelum diagihkan kepada waris," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain