BAGI kebanyakan individu, hal berkaitan zuriat dianggap sesuatu yang amat sensitif.
Di laman Threads, seorang individu melahirkan rasa geram dan kecewa terhadap sikap keluarga mentua kepada kakaknya yang seolah-olah tidak menghormati perasaan wanita itu dengan cuba meminta bayi yang baru dilahirkannya.
"Aku kalau bab anak memang sensitif sangat-sangat, hatta bukan anak aku sendiri. Adik ipar, kakak ipar dengan mak mentua kepada kakak aku cuba risik-risik anak buah aku yang baru lahir tu... untuk bagi dekat si kakak ipar jaga," tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Kakak ipar buta perut, suruh mengasuh anak-anak tapi tak bagi upah... Hujung minggu pun kena jaga sebab nak main boling!
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal mentua buat hal sebulan sebelum nikah! Merengek minta anak beli kereta guna duit hantaran, saran batal kahwin
Menurut individu berkenaan, permintaan tersebut dibuat ketika abang iparnya (suami kepada kakaknya) tiada di rumah, menyebabkan pihak keluarga mentua berani melontarkan cadangan yang dianggap tidak wajar.
Lebih mengejutkan, alasan yang diberikan adalah kerana kakak ipar kepada kakaknya tidak mempunyai anak.

Kehadiran cahaya mata sememangnya menjadi penyeri sesebuah keluarga. -Gambar hiasan AI
Bagaimanapun menurut individu itu, kakaknya menolak permintaan keluarga mentua dengan tegas.
"Tolong jangan normalisasikan benda macam ni," tulisnya dalam luahan tersebut.
Seorang individu geram kerana keluarga mentua kakaknya cuba meminta bayi yang baru dilahirkan untuk diberikan kepada kakak ipar yang tidak mempunyai anak.
Permintaan itu dibuat ketika suami kakaknya tiada di rumah.
Individu itu menegaskan bahawa isu berkaitan anak bukan perkara yang boleh dijadikan bahan gurauan.
Kakaknya menolak permintaan keluarga mentua dengan tegas.
Perkongsian itu mendapat sokongan ramai netizen yang berpendapat isu anak perlu dihormati.
Perkongsian individu tersbeut mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata menyokong pendiriannya.
Ramai bersetuju bahawa isu anak bukan perkara yang boleh dipermainkan, apatah lagi melibatkan hak dan perasaan ibu bapa kandung.

Sebahagian daripada komen netizen.
"Mengandung penat, sakit, mual, bawa perut sembilan bulan, menahan sakit beranak. Darah pun belum kering... sedap je modal air liur minta anak orang.
"Dah 2025 dah. Masih ada amalan macam ni lagi ke? Tolonglah.
"Anak-anak kalau boleh janganlah bagi orang terdekat jaga. Nanti kita yang makan hati," demikian antara komen netizen.


