SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan apabila terpaksa menjaga anak-anak saudaranya tanpa sebarang upah walaupun sudah hampir tiga bulan.
Menurutnya, sebelum ini ibu mentuanya yang menjaga cucu-cucu berkenaan, namun selepas jatuh sakit, tugas itu dipindahkan kepadanya.
Kata suri rumah itu, dia juga tidak pasti sama ada kakak iparnya ada memberikan wang kepada ibu mentuannya sepanjang menjaga anaknya sebelum ini.
Tugas suri rumah sangat mencabar kerana perlu menguruskan anak-anak. -Gambar hiasan
"Mandikan budak, susu saya yang uruskan dan pada masa sama sekarang ibu mentua tinggal dengan saya.
"Sebulan saya jaga tidak dibayar, bulan kedua pun sama. Mentua ada beri sedikit duit untuk saya, bukan upah mengasuh katanya tapi untuk saya beli keperluan diri dan anak," tambah wanita itu lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Duit upah ‘dikaut’, pengasuh mengaku tak sabar jaga budak... Canang anak asuhan kuat meragam! ‘Babysitter’ otai beri teguran pedas
ARTIKEL BERKAITAN: Lampin anak bocor, karpet terkena najis... Wanita letih dengar pengasuh mengeluh - “Hari ni penat bersihkan lantai”
Dakwa pengadu lagi, kakak ipar dan birasnya langsung tidak bertanyakan persetujuannya sebelum membawa anak-anak mereka tinggal di rumahnya.
“Sekarang sudah hampir tiga bulan saya jaga, tapi langsung tak diberi bayaran. Bil elektrik dan air naik melambung.
"Apabila nak bawa ke rumah saya, adik-beradik suami tak tanya pun saya, cuma mentua sahaja yang minta tolong. Kalau mentua yang minta, takkan saya nak tolak,” katanya.
- Seorang wanita terkilan disuruh jaga anak-anak saudara tanpa sebarang bayaran.
- Tugas mengasuh itu dipindahkan kepadanya selepas ibu mentua yang sebelum ini menjaga cucu jatuh sakit.
- Wanita itu mendakwa kakak ipar dan biras tidak pernah meminta persetujuannya.
- Dia juga terpaksa mengorbankan hari cuti kerana menjaga anak buah ketika bapa mereka bekerja luar kawasan dan ibu mereka keluar beriadah.
- Netizen saran wanita itu berterus terang dengan kakak ipar dan biras supaya tidak terus dipergunakan.
Tambahnya lagi, ada masanya juga dia terpaksa mengorbankan hari cuti kerana ibu bapa anak-anak buahnya mempunyai urusan pada hujung minggu.
“Sekarang saya kena jaga hari yang sepatutnya saya cuti sebab bapanya outstation, emaknya pergi main boling.
"Kadang-kadang rasa penat jadi suri rumah, rasa macam orang senang ambil kesempatan. Sampai duduk dalam rumah sendiri pun saya tak happy," katanya.
Tanggungjawab berat menanti suri rumah dalam menguruskan rumah tangga. -Gambar hiasan
Netizen menasihati wanita itu agar bertanyakan terus kepada kakak iparnya dan biras bagi mengelak mereka terus mempergunakannya.
"Tanya je terus sebab memang awak yang jaga makan pakai anak-anak dia. Tiga bulan lama tu, takkan jaga kosong.
"Kakak ipar tak da otak tak boleh fikir? Kalau hantar kat orang lain pun tentu kena bagi duit.
"Dah la jaga mentua sakit, awak kena tegas. Jangan senang-senang je nak buli suri rumah," kata warga maya.


