TINDAKAN segelintir wanita yang membasuh tuala wanita atau pad di tandas awam menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna lain.
Perbuatan berkenaan dianggap tidak menjaga kebersihan dan boleh menyebarkan kuman.
Seorang wanita berkongsi pengalamannya di sebuah pusat beli-belah apabila terlihat kesan darah di lantai tandas.
Sudah menjadi tanggungjawab untuk memastikan tandas awam sentiasa dalam keadaan bersih. -Gambar hiasan
“Kalau kat luar (rumah), balut dan dispose elok-elok dah memadai. Apabila basuh pad, percikan air boleh merebak ke merata tempat.
"Sangat unhygienic dan boleh effect orang sekeliling. Tolong jangan basuh, balut sahaja dalam plastik atau surat khabar,” kongsinya di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Pad, panty liner bukan untuk period saja! Sangat berguna untuk 5 situasi ini yang tak pernah anda jangka
ARTIKEL BERKAITAN: Tuala wanita berdarah, kondom terpakai bersepah atas lantai! Setahun warga kondo hadap perangai jijik penghuni misteri
Tambahnya lagi, dia yakin mereka yang membasuh tuala wanita di tandas awam gagal memastikan keadaan sekeliling benar-benar bersih.
- Segelintir wanita membasuh pad di tandas awam hingga tinggalkan kesan darah dan bau busuk.
- Netizen tegur perbuatan itu tidak hygienic kerana percikan air boleh menyebarkan kuman.
- Seorang wanita berkongsi pengalaman jijik apabila air bercampur darah dari tandas sebelah terkena pakaiannya di RnR.
- Ramai bersetuju balut pad dengan plastik atau surat khabar lebih selamat dan bersih berbanding basuh.
- Warganet berharap pengguna tandas awam lebih berdisiplin demi menjaga kebersihan.
"Awak pasti ke bersih? Yakin ke tiada percikan ke tempat lain? Educational purpose balut pad lebih hygienic daripada basuh pad di toilet awam,” jelasnya.
Perkongsian itu disokong seorang wanita yang berdepan situasi tidak menyenangkan ketika singgah di tandas Rehat dan Rawat (RnR) sebuah lebuh raya.
“Tiba-tiba air bercampur darah dari toilet sebelah masuk ke toilet saya sampai kena seluar.
"Saya terus keluar, ambil baju dan sabun mandi kat kereta, tukar sebab geli sangat,” katanya.
Reaksi netizen
Malah, warga maya yang lain turut menyokong saranan wanita itu agar tidak membasuh tuala wanita di tandas awam kerana ia perbuatan kotor.
"Pernah masuk tandas bau darah kuat gila dan ada kesan darah dekat dinding. Nak guna tandas terus terbantut.
"Sangatlah menjijikan ya. Bau hanyir yang ditinggalkan, dengan lantai berlecak dan siap ade ketulan darah," katanya.


