suria

Tak cukup paksa ‘transfer’ gaji, duit STR pun ibu ‘bolot’! Anak derita, tapi sukar pindah rumah sebab tiada simpanan

Kita sememangnya dituntut untuk berbakti kepada orang tua, namun bergantung kepada kemampuan masing-masing. -Foto Gambar hiasan

LAZIMNYA tekanan kewangan sering dikaitkan dengan individu yang telah berkahwin kerana perlu menanggung perbelanjaan keluarga seperti barang dapur, pendidikan anak dan komitmen lain.

Sebenarnya tekanan sama juga turut dirasai oleh golongan bujang terutama apabila pendapatan sendiri dikawal individu lain sehingga mereka sukar menyimpan atau merancang perbelanjaan peribadi.

Di laman Threads, seorang anak muda berusia 21 tahun meluahkan rasa tertekan kerana wang hasil titik peluhnya dikawal sepenuhnya oleh ibu sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat gaji pertama, mak minta semua! Lepas 32 tahun baru wanita ini faham erti berkat - “Saya ingat benda ni dongeng”

ARTIKEL BERKAITAN: Adik bongsu ‘berbunyi’ abang hanya hulur RM200 sebulan untuk mak, tuduh gaji banyak tapi kedekut - “Kau ingat RM5,000 tu besar?”

"Berdosa besar ke tak bagi duit STR (Sumbangan Tunai Rahmah) bujang RM150 dekat family? Ibu tarik muka sebab saya tak bagitahu dia saya dapat RM150 dan tak kongsi duit tu dengan dia dan adik beradik," luahnya.

Individu tersebut yang merupakan anak bongsu berkata, dia tidak memahami konsep keluarganya apabila hampir seluruh pendapatan yang diperolehi perlu diserahkan kepada keluarga, meskipun kebanyakan adik-beradik lain telah bekerja dan mampu berdikari.

Tekanan kewangan bukan hanya dirasai pasangan berkahwin, malah golongan bujang juga berdepan situasi sama. -Gambar hiasan

"Saya anak bongsu daripada tujuh beradik. Boleh kata semua dah kerja dan mampu. Sepanjang saya kerja part time dan sekarang full time, duit saya semua kena bagi dekat keluarga.

"Dan saya tak ada saving langsung. Even duit STR, duit Sara mak saya ambil semua," tulisnya dalam perkongsian berkenaan. 

Bukan tidak terfikir untuk keluar dari rumah keluarganya agar tidak berterusan dibelenggu masalah ini, namun ujarnya, ketiadaan wang simpanan menjadi sebab utama dia terpaksa membatalkan hasratnya itu.

  • Seorang individu berusia 21 tahun tertekan apabila gajinya dikawal sepenuhnya oleh ibu.

  • Dia merupakan anak bongsu dan kebanyakan adik-beradiknya telah bekerja serta mampu berdikari.

  • Sejak bekerja sambilan hingga sepenuh masa, semua gaji dan bantuan diterima diserahkan kepada ibu.

  • Dia tidak mempunyai simpanan langsung kerana ibu kerap meminta wang.

  • Pernah terfikir untuk tinggalkan rumah keluarga dan hidup berdikari, namun ketiadaan simpanan menjadi penghalang utama.

"Macam mana nak hidup berdikari kalau tak ada simpanan langsung, memang ibu saya pegang semua.

"Kalau tak bagitahu pun ibu akan tanya berapa gaji saya setiap kali dapat gaji dan dia akan suruh saya transfer ke akaun dia," tambahnya.

Di ruangan komen, warga maya melahirkan rasa simpati dengan situasi individu tersebut dan rata-ratanya tampil memberikan cadangan untuk membantunya 'bebas' daripada kongkongan keluarga.

Sebahagian daripada komen netizen.

"Cakap dekat mak, awak dah besar, dah kena belajar urus kewangan sendiri. Apa je dia boleh buat? Kalau dia marah sampai suruh keluar rumah tinggal sendiri sebab nak sangat berdikari, lagi bagus. 

"Bincang dengan bos dan HR (sumber manusia), kalau ada cawangan lain, minta transfer. Kau nak 'lari' senang.

"Tipu-tipu sikitlah dik. Jangan bagi tahu total sebenar gaji awak," demikian antara komen netizen. 

 

Artikel Lain