PERKAHWINAN yang bahagia sering dikaitkan dengan mawaddah (kecintaan), sakinah (kedamaian) dan rahmah (kemurahan hati).
Namun tidak bagi wanita ini yang mana dia berasa dirinya begitu terasing dalam rumah tangga, kerana suaminya lebih selesa tidur berasingan.
Malah dia mendakwa lelaki itu tidak gemar berpelukan atau berbual sebelum tidur walaupun pernah cuba berubah selepas ditegur.

Setiap isteri pasti mendambakan kasih sayang daripada suami sendiri. -Gambar hiasan AI
"Bila saya membebel, okay la dia ubah. Tidur sebelah saya tapi lepas tu dia keluar tidur depan televisyen dan main permainan video.
"Akhirnya saya tidur seorang, bila ada anak-anak lagilah suami tidur berasingan.
"Bilik kelamin? Tak ada istilah macam tu dalam rumah saya sebab suami ada bilik dia sendiri," ujarnya dalam hantaran di Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami kena rayu untuk tidur sekali... Isteri dah tiada rasa kasih ketika 'bersama', siap boleh gaduh
ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri kena kerap berbual sebelum tidur, boleh bantu erat hubungan... Lebih afdal buat dalam gelap
Menurut wanita itu lagi, bilik tersebut seolah-olah menjadi tempat pengumpulan pakaian bersih dan kotor tanpa diasingkan.
Dia percaya tabiat suami turut dipengaruhi sikap ibu mentua yang mempunyai bilik khas untuk melonggokkan pakaian.
"Dia humban baju kotor dan bersih sekali, bersepah sana sini, atas bawah dan segala sudut rumah ada barang dah macam stor sarang tikus gamaknya.
- Wanita sedih suami lebih selesa tidur berasingan.
- Lelaki sering tidur di ruang tamu sambil menonton televisyen.
- Suami ada bilik sendiri penuh pakaian berselerak.
- Tabiat itu dikatakan ikut cara ibu mentua.
- Netizen anggap sikap suami sebagai penderaan emosi.
"Ini cara ibu mentua. Dia juga ada satu bilik humban baju bersih dah basuh. Tak ada sistem lipat pakaian jadi anak-anak ambil dari situ je.
"Saya pun tak sempat nak lipat sebab kerja, baju anak-anak banyak dan PJJ (hubungan jarak jauh) lagi tu dan baju dia pun banyak," jelasnya.
Tambahnya, suaminya juga sejenis manusia disifatkan sebagai 'hoarder' dan suka menyimpan barang, menyebabkan keadaan rumah mudah berselerak.

Beberapa komen netizen pada hantaran asal.
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa simpati dengan nasib wanita berkenaan.
"Kahwin tapi cara hidup nak macam bujang. Konon nak hindar zina tapi emosi bini 'ke laut'. Langsung tak peduli.
"Rasa rasa macam banyak pula perangai suami zaman sekarang macam ni. Penderaan senyap dari segi mental dan emosi.
"Isteri yang terluka tapi dia tak nampak dengan mata kasar dan susah nak jelaskan dekat orang yang tidak mengalaminya," kata beberapa netizen.


