suria

Wanita merungut bakal mentua halang hadir majlis konvokesyen tunang... Belum jadi menantu tapi asyik tak sebulu!

Konvokesyen merupakan majlis penting bagi setiap pelajar yang berjaya menamatkan pengajian. -Gambar hiasan AI

BAGI sesetengah pasangan, usaha untuk menambat hati bakal mentua bukanlah sesuatu yang mudah.

Apatah lagi jika kehadiran mereka tidak disenangi seperti dialami wanita ini apabila dia dihalang daripada menghadiri majlis konvokesyen tunangnya.

"Sedih sangat tak dapat hadir majlis konvokesyen tunang disebabkan mak dia tak bagi.

Sokongan daripada pasangan amatlah bermakna. -Gambar hiasan AI

Sokongan daripada pasangan amatlah bermakna. -Gambar hiasan AI

"Ceritanya, minggu depan tunang aku konvo dekat Melaka, aku dari Kuala Lumpur memang rancang nak pergi.

"Tapi mak dia tak bagi datang selepas dimaklumkan rancangan aku tu," ujarnya di Thread.

Lebih menambah rasa sedih apabila alasan bakal mentua tidak memberi keizinan untuk dia turut sama dalam majlis itu dianggap tidak munasabah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah ‘check-in’ bersama, pemuda ragu-ragu nikahi tunang terlalu ‘open’ suka borak seks dengan rakan lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Tunang tak serius kumpul duit kahwin, wanita akui cinta mulai goyah... Hati makin terpaut dengan kematangan rakan sepejabat

"Aku tanya sebab apa tak boleh datang dan tunang cakap mak dia risau mungkin dia akan sibuk bergambar dengan kawan-kawan.

"Kemudian tak dapat nak layan aku. Lebih-lebih lagi sebab aku datang dari jauh," tambahnya yang buntu dengan jawapan diterima.

  • Wanita luah sedih tak dibenarkan hadir konvokesyen tunang.
  • Katanya, ibu tunang halang tanpa sebab munasabah.
  • Alasan diberi, bimbang tunang sibuk bergambar dan tak sempat layan.
  • Dia akui sering bergaduh dengan tunang sebab campur tangan ibu lelaki itu.
  • Netizen nasihat supaya sabar dan jaga maruah diri.

Pada masa sama, pengadu turut mengakui dia sering berselisih faham dengan tunang disebabkan sikap bakal ibu mentuanya.

Malah katanya, pelbagai cara dilakukan untuk mengambil hati si ibu namun hubungan antara mereka tetap tegang.

Warga maya berkongsi pandangan masing-masing.

Warga maya berkongsi pandangan masing-masing.

Luahannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan ramai yang meminta agar dia bersabar dan menyatakan tindakan ibu tunangnya adalah tepat.

"Apa yang degil sangat ni? Akurlah, perlu ke mak dia jelaskan yang berjumpa sebelum sah ni tak manis dilihat orang?

"Nanti sebelum pulang jubah, awak boleh bergambar dengan tunang... perkara boleh rancang.

"Naikkan maruah diri tu, jangan nampak terhegeh-hegeh sangat, dah terang lagi bersuluh mak dia tak suka awak," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain