suria

Pemuda seru henti anjur perkahwinan skala besar... Tak puas hati majlis raikan cinta jadi medan ‘gathering’ kenalan mak ayah!

Kos mulakan kehidupan baharu selepas berkahwin amatlah tinggi. -Gambar hiasan AI

SEORANG pengguna media sosial mencetuskan perdebatan hangat selepas mencadangkan agar generasi muda masa kini sepatutnya menjadi pemutus kepada adat penganjuran majlis perkahwinan besar-besaran.

Menerusi hantaran di Thread, individu bernama M Hakim Naim turut menyatakan amalan tersebut adalah satu bentuk pembaziran.

Tambahan pula kebanyakan tetamu yang dijemput adalah rakan-rakan ibu bapa berbanding kenalan pengantin sendiri.

Tetamu dijemput bagi memeriahkan majlis perkahwinan. -Gambar hiasan AI

Tetamu dijemput bagi memeriahkan majlis perkahwinan. -Gambar hiasan AI

"Generasi baru patut menjadi pemutus adat perkahwinan besar-besaran. 

"Selain membazir, majlis tersebut juga hanya merupakan majlis untuk meraikan kawan-kawan mak ayah kita.

"Kawan kita tujuh orang je yang datang, lagi 400 orang... kawan mak ayah kita," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu kenduri geram sikap tak peduli mak ayah, biar anak makan bersepah dalam dewan kahwin - “Kau tinggal ‘tahi’ macam tu je!”

ARTIKEL BERKAITAN: Hadir kenduri belah perempuan, famili pengantin lelaki jemput 100 tetamu sendiri... 'Rembat' duit salam kaut!

Pada masa sama, dia menyatakan pasangan pengantin dapat berjimat dan menggunakan wang tersebut untuk memulakan kehidupan sebagai suami isteri.

"Duit yang dapat dijimatkan itu boleh digunakan untuk memulakan hidup baharu dengan pasangan.

  • Lelaki gesa generasi muda hentikan adat majlis kahwin besar-besaran.
  • Katanya, kebanyakan tetamu cuma kawan mak ayah, bukan rakan pengantin.
  • Anggap majlis mewah satu bentuk pembaziran dan tekanan kewangan.
  • Cadang guna wang lebihan untuk bina kehidupan selepas kahwin.
  • Netizen setuju, ramai sokong majlis kecil dan sederhana sudah memadai.

"Kahwin ni keras dik, yang nak tanggung kekerasan tu adalah pasangan pengantin baru tersebut," tambahnya berkongsi pandangan.

Kenyataannya mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersetuju, sambil menekankan keperluan untuk mengutamakan kestabilan kewangan daripada mengejar majlis gah semata-mata.

Kebanyakan warga maya bersetuju dengan cadangannya.

Kebanyakan warga maya bersetuju dengan cadangannya.

"Kalau mampu untuk buat majlis besar-besaran, buatlah tapi jangan jadi bodoh dengan ambil pinjaman.

"Aku ada anak lelaki dan perempuan, aku rancang nak buat kecil-kecilan je... nikah dekat masjid dan buat makan kecil-kecil untuk ahli keluarga.

"Masa Covid-19 dah elok buat nikah je dan majlis diraikan bersama famili rapat," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain