Mesyuarat PIBG bertujuan mencari titik tengah terbaik melibatkan hal berkaitan sekolah. -Gambar hiasan AI
ISU kegagalan komunikasi antara pihak sekolah terus menjadi duri dalam daging bagi ibu bapa dan waris.Menurut seorang bapa, amalan pemberian notis atau permintaan saat akhir yang sering berlaku pada masa ini memberi tekanan dan menyukarkan pihak keluarga lebih-lebih lagi jika membabitkan soal kewangan. "Aku bukan cikgu tapi sebagai ibu bapa, selalu sangat hadap notis saat akhir daripada cikgu.Guru tidak seharusnya dibebankan dengan tugasan di luar tugas mereka. -Gambar hiasan AI"Antaranya notis nak kena beli barang, notis esok balik lewat, esok ada aktiviti atau pemberitahuan esok kena kirim duit," luahnya.Tidak berpuas hati dengan situasi itu, dia pernah mengemukakan cadangan bagi mengatasinya menerusi mesyuarat Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG)."Aku pernah cadangkan supaya sekolah sediakan kakitangan khusus bagi mengurus komunikasi dengan waris supaya maklumat dapat disampaikan dengan lebih teratur.ARTIKEL BERKAITAN: Guru dedah kenapa ramai ibu bapa hantar anak ke SJKC! Tak 'berderet' program, murid-guru kekal fokus... PIBG paduARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa bersuara, agenda mesyuarat PIBG dianggap kuno... Meleret sambut VIP punca ramai tak hadir - “Cikgu pun meluat, buang masa!”"Tapi aku pula kena berleter dengan guru besar. Terus aku rasa ni PIBG atau persatuan untuk guru je," katanya.Jelasnya, cadangan tersebut bagi membolehkan guru memberi tumpuan penuh kepada tugas mengajar sekali gus mengurangkan tekanan bagi kedua-dua pihak."Cadangan ini boleh dipanjangkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri atau kementerian. Jika tiada peruntukan untuk tambah staf boleh kumpul duit daripada PIBG, atau usaha dapatkan penaja dan sebagainya. "Jadi cikgu boleh fokus mengajar sahaja, tak perlu bebankan tugas yang dah sentiasa banyak dan ibu bapa pun tak perlu merentan dekat cikgu," katanya.Bapa kecewa notis sekolah sering diberi saat akhir.Situasi itu menyukarkan persediaan keluarga.Dia cadang sistem atau staf khas urus komunikasi.Namun cadangan kurang diterima pihak sekolah.Netizen anggap sukar laksana kerana kekangan kos.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian netizen yang beranggapan cadangan berkenaan sukar dilaksana kerana perlu membabitkan pertambahan staf."Sekolah tak ada peruntukkan sendiri untuk lantik staf, duit PIBG belum tentu cukup nak bayar gajibulanan dan kerani pula dah ada skop kerja tersendiri."Sebenarnya banyak idea dan solusi telah diutarakan tapi sekolah tiada kuasa autonomi untuk buat keputusan terutama yang melibatkan kos," komen netizen.