SALAH satu cara untuk menghargai pasangan adalah dengan mengingati serta meraikan hari-hari penting dalam hidup mereka.Bagi sesetengah individu, sambutan kecil seperti ucapan, kejutan ringkas atau sekadar meluangkan masa bersama sudah cukup memberi makna yang besar dalam hubungan. Namun, tidak semua harapan itu menjadi kenyataan.Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila hari ulang tahun kelahirannya berlalu tanpa sebarang sambutan istimewa daripada suami, meskipun mereka baru sahaja mendirikan rumah tangga.Menurut wanita berkenaan, dia pada awalnya meletakkan harapan agar hari lahirnya kali ini lebih bermakna selepas bergelar isteri.ARTIKEL BERKAITAN: “Moga Tuhan sempitkan rezeki” - Ramai geram sikap suami kedekut... Duit belanja dapur hanya RM300, ibu sendiri dapat sampai empat angka!ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah sering makan hati dapat suami kedekut, nafkah tak bagi... Kalau diberi RM10 sebulan pun dah bersyukur"Aku ingat apabila dah ada suami ni, dia akan sambut hari jadi aku. Iyalah, baru kahwin. Syok la sikit dah halal," tulisnya.Bagaimanapun, jangkaannya meleset apabila tiada sebarang perancangan istimewa dibuat oleh suaminya, sebaliknya hanyalah ajakan makan di sebuah kedai berhampiran rumah mentua."Dia bawa pergi makan kedai dekat je dengan rumah mentua. Jalan kaki. Hati tu suka la sikit. Tapi disebabkan tak nak dijadikan isu, aku pun senyap saja," katanya lagi.Sikap saling menghargai pasangan merupakan kunci kebahagiaan rumah tangga. -Gambar hiasan AISituasi itu bagaimanapun mula menimbulkan rasa kurang senang di hatinya apabila melihat layanan berbeza yang diberikan suami terhadap ahli keluarga sendiri."Apabila tiba hari jadi adik lelaki dia, siap suruh aku cepat balik sebab dia dah beli kek birthday dan ayam goreng. "Aku dah mula rasa macam lain dah. Sumpah terasa sikit," ujarnya.Mengakui terasa hati, wanita tersebut memilih untuk memendam perasaan kerana merasakan suaminya mungkin tidak akan mengambil serius walaupun perkara itu dibangkitkan."Pendam je sebab fikir kalau bagitahu, dia tak kisah pun," luahnya lagi.Seorang wanita terkilan apabila suaminya tidak menyambut hari lahirnya walaupun mereka baru berkahwin.Dia mengharapkan sambutan lebih bermakna, tetapi hanya diajak makan biasa dekat rumah mentua.Perasaannya mula terganggu apabila melihat suami lebih beria meraikan hari jadi adik sendiri.Dia memendam rasa kerana merasakan suaminya tidak akan ambil serius jika dibincangkan.Netizen menasihati supaya pasangan berkomunikasi dengan baik, ada juga yang menyuruhnya memberikan 'layanan' sama pada suami.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warga maya, dengan rata-ratanya menasihati agar komunikasi yang baik perlu diwujudkan dalam rumah tangga bagi mengelakkan salah faham berpanjangan.Namun begitu ada juga netizen yang menyarankan supaya wanita tersebut memberikan layanan yang sama dan tidak terlalu beria meraikan hari penting suaminya."Tak perlu terasa. Giliran hari jadi dia, bagi vibe yang sama. Paling-paling pun beri ucapan."Minta cakap apa yang awak nak. Awal-awal ni kalau awak tolerate, benda tu sampai ke sudah la macam tu."Awak minta je suami beli baju, kasut cantik-cantik, mahal-mahal ganti balik hadiah hari jadi yang dia tak bagi tu. Jangan sakit hati, tak untung apa pun," demikian antara komen netizen.