Majlis pertunangan menjadi ruang pertemuan dua keluarga untuk berbincang setiap persediaan menuju pernikahan. -Gambar hiasan AI
MAJLIS pertunangan lazimnya menjadi simbolik permulaan fasa baharu dalam sesebuah hubungan selain meraikan ikatan antara dua keluarga yang bakal disatukan.Dalam suasana penuh adat dan tradisi itu, biasanya keluarga kedua-dua belah pihak akan berbincang tentang perkara berkaitan perkahwinan yang bakal berlangsung. Proses ini juga akan ditentukan jumlah mas kahwin, wang hantaran, tarikh dan lokasi majlis yang bakal diadakan.Di Threads, seorang wanita berkongsi kisah yang berlaku ketika majlis pertunangan adik lelakinya baru-baru yang membuatkan keluarganya terkejut dengan situasi di luar jangkaan mereka.Restu keluarga penting sebelum sesebuah hubungan melangkah ke fasa yang serius. -Gambar hiasan"Semalam adik saya bertunang. Masa majlis berlangsung, bakal bapa mentua dia keluarkan surat sign agreement."Antara perkara dalam surat tersebut, minta duit hantaran tak masuk akal, ada lagi syarat-syarat lain."Kalau tak (penuhi), kena bayar macam pampasan," tulisnya dalam hantaran berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: “Saya fikir dia akan jadi imam” - Gadis putus tunang dengan pramugara, hati berkecai dapat tahu bakal suami tidur dengan lelaki lainARTIKEL BERKAITAN: Dua kali putus tunang, jururawat terbuka juga hati terima jejaka ‘annoying’ pilihan keluarga... dah block WhatsApp tetap tak putus asaKata wanita itu, ini merupakan pengalaman pertama berdepan situasi tersebut kerana kebiasaannya perbincangan berlandaskan persefahaman antara dua keluarga."Sejujurnya, ini kali pertama saya experience ada majlis pertunangan yang siap ada persetujuan untuk ditandatangani kedua-dua pihak," katanya lagi.Dalam masa sama, dia bersimpati dengan adik lelakinya, apatah lagi tahu tahap kemampuan sebenar darah dagingnya itu.Seorang wanita terkejut ketika menghadiri majlis pertunangan adik lelakinya.Bakal bapa mentua adiknya itu mengeluarkan surat perjanjian untuk ditandatangani.Surat itu mengandungi beberapa syarat seperti jumlah hantaran dan pembayaran pampasan jika gagal.Wanita itu berasa terkejut dan kasihan kerana bimbang syarat melebihi kemampuan adiknya.Perkongsian itu mencetuskan perdebatan sama ada amalan surat perjanjian tersebut wajar atau keterlaluan. Ringkasan ini dijana oleh AI"Jauh di sudut hati, saya rasa kasihan dengan adik lelaki. Kita sebagai ahli keluarga lebih tahu setakat mana kemampuan adik kita."Saya takut adik tak mampu, sebab itu saya sedih. Namun sebagai kakak, saya akan doakan yang terbaik untuk adik," katanya lagi.Perkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian warga maya, namun ramai menyifatkan situasi sedemikian adalah normal seiring dengan peredaran zaman.Sebahagian daripada komen warga maya.Mereka berpendapat, ia umpama 'hitam putih' bagi mengelakkan sebarang salah faham pada masa hadapan."Sebab sembang mulut ini nanti boleh diputar-putar. Jadinya bila ada hitam putih senang."Watikah pertunangan. Memang wajar rasanya ada sign agreement macam tu jadi kedua-dua pihak boleh ambil serius."Rasanya sebab sekarang banyak kes putus tunang sepihak. Sewajarnya belah awak bawa agreement juga," demikian antara komen netizen.