Hubungan sebagai rakan sekerja perlu kekal profesional untuk mengelakkan terjadinya konflik. -Gambar hiasan AI
PERSEKITARAN tempat kerja seharusnya menjadi ruang profesional yang bebas daripada konflik peribadi.Namun tidak dinafikan ada kalanya seseorang terperangkap dalam situasi serba salah apabila menjadi saksi perkara bertentangan dengan nilai moral dan etika, sebagaimana dikongsi wanita ini. Dalam hantaran di media sosial, wanita tersebut meluahkan dilema kerana sudah tak sanggup menanggung dosa ‘bersubahat’ selepas mengetahui hubungan sulit antara dua rakan sekerjanya."Patut ke saya beritahu si isteri yang suami dia ada perempuan lain dekat tempat kerja? Geramnya aku! Nak marah tau tak, tapi tu bukan laki aku."Penyondol tu pun sama naik ye, tak segan langsung! Jiwa aku meronta nak beritahu si isteri," tulisnya.ARTIKEL BERKAITAN: Nak dapatkan penjelasan hubungan sulit, wanita kena ‘basuh’ dengan skandal suami - “Tahu tak macam mana dia struggle?”ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga hancur selepas 15 tahun, suami angau ‘intern’ pejabat... Geram bagi alasan ‘cliche’ - “Saya tak cukup baik untuk awak”Tambahnya lagi, kekurangan bukti menjadi antara faktor utama yang membuatkannya ragu-ragu untuk bertindak. Malah, dia juga bimbang identitinya akan terbongkar sekiranya perkara tersebut diketahui kedua-dua rakan sekerjanya itu.Salah satu punca keruntuhan rumah tangga adalah kehadiran pihak ketiga. -Gambar hiasan"Saya tak ada bukti seperti gambar atau video nak bagi dekat wife dia sebab dekat site tak ramai staf wanita. "Saya takut, dia tahu yang bocorkan itu saya sebab saya percaya geng-geng lelaki akan simpan rahsia sesama mereka. Perempuan je yang sibuk-sibuk," luahnya.Dalam masa sama, dia mendakwa hubungan sulit itu bukan sekadar sangkaan semata-mata, sebaliknya disokong oleh pemerhatiannya terhadap tingkah laku kedua-dua individu terbabit."Tapi itu la, geram sangat sampai nak hantuk dua-dua ekor tu. Jantan tu dah belikan cincin untuk dia. Rehat sama-sama tu biasa la nyah."Bukan nak fitnah tapi lelaki tu dan isterinya jalani hubungan jarak jauh (PJJ). Jadi si lelaki ni duduk rumah yang disediakan syarikat dengan rakan sekerja lain."Sekarang, rakan sekerja itu pula dah berpindah tempat lain, jadi lelaki ni duduk seorang. Kebelakangan ni, nampak mereka dating dan balik kerja bersama-sama," kongsinya lagi.Seorang wanita dilema selepas mengetahui hubungan sulit dua rakan sekerja.Timbul rasa serba salah dalam dirinya sama ada perlu beritahu isteri lelaki tersebut.Dia berasa marah dan geram, namun sedar itu bukan urusan rumah tangganya sendiri.Kekurangan bukti seperti gambar atau video membuatkan dia ragu-ragu untuk bertindak.Dia juga takut identitinya terbongkar namun netizen menyarankan supaya dia kumpul bukti dan maklumkan kepada si isteri.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, rata-rata warga maya tampil menyokong dan menggesanya agar segera melaporkan kecurangan tersebut kepada si isteri agar tidak terus dikhianati.Malah mereka menyarankan agar wanita tersebut mengumpul seberapa banyak bukti untuk menyokong dakwaannya."Beritahu, guna fake account. Apa dia nak buat dengan info tu terpulang dengan dia. Just anggap tak nak rasa bersalah subahat sembunyikan kebenaran. "Beritahu beserta bukti tapi anonymously. Kalau you tak beritahu, you seolah jadi enabler atas maksiat itu."Bagitahu sebelum terjadinya zina," demikian antara komen netizen.