suria

Nak dapatkan penjelasan hubungan sulit, wanita kena ‘basuh’ dengan skandal suami - “Tahu tak macam mana dia struggle?”

Seorang wanita didakwa menjadi 'orang ketiga' dalam rumah tangga H dan isterinya. -Gambar sekadar hiasan

TIADA mana-mana isteri yang sanggup dan rela melihat suami tercinta mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Berdepan situasi itu, seorang isteri memilih untuk bersemuka dengan 'orang ketiga' yang didakwa menjadi perosak rumah tangga apabila menjalinkan hubungan dengan suaminya, dikenali sebagai H.

Bagaimanapun sepanjang sesi 'perbincangan' berlangsung, orang ketiga yang berkhidmat di sebuah kolej itu kelihatan lantang bersuara dan memberi nasihat seolah-olah tidak rasa bersalah meruntuhkan kebahagiaan orang lain.

Malah ketika sesi perbincangan itu, wanita berkenaan juga mengakui reda jika dirinya 'dilepaskan' oleh H, sedangkan mereka tidak mempunyai apa-apa ikatan perkahwinan yang sah.

"Saya nak cakap jelas-jelas dengan awak dan H, saya betul-betul reda untuk keputusan selepas ini.

"Kalau dia kata dia nak lepaskan saya, saya tak ada masalah," ujarnya kepada isteri H.

Isu 'orang ketiga' menjadi antara punca utama pergolakan dalam sesebuah rumah tangga. -Gambar hiasan AI

Berdasarkan hantaran isteri H yang terdahulu, dia dan suami dipercayai pergi ke rumah wanita berkenaan bagi membincangkan kemelut yang melanda rumah tangga mereka.

Lebih mengejutkan, dalam pertemuan itu dia seolah-olah mengetahui banyak perkara tentang H termasuklah masalah microsleep yang sering dialami lelaki itu.

"Saya bukan nak cakap saya baik tapi awak tahu tak macam mana struggle dia (H)?

"Sepanjang saya berhubung dengan dia ni, dia microsleep banyak kali," tambahnya apabila isteri H mempertikaikan tentang hubungan terlarang mereka.

Wanita itu yang menunjukkan dirinya bagaikan tahu segala urusan mengenai perihal rumah tangga H menyatakan bahawa anak-anak beruntung memiliki seorang bapa seperti H.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu 7 anak bawa 'penyondol' hamil zuriat suami pergi 'check-up', siap tidur sekatil... Akhirnya diterajang sebelum diceraikan

ARTIKEL BERKAITAN: Terbongkar suami sendiri pun curang lepas kecoh kes 'abang wiring'! Nombor telefon 'Bengkel' rupanya skandal pasangan

Pada masa sama dia yang merupakan seorang janda turut membandingkan kehidupan anaknya bersama bekas suami.

"Anak-anak awak ni, saya tengok memang bersyukur dapat seorang ayah yang macam ni. Awak boleh tanya sendiri dengan anak saya yang dah besar ni, dia orang nak tak dengan ayahnya... awak boleh tanya sendiri.

"Awak nak cakap stres, kita memang ada tahap stres kita, setiap manusia ada kesabarannya," tambahnya.

Mengakui enggan masuk campur urusan rumah tangga mereka, dia bagaimanapun secara terbuka mengaku mempunyai rasa sayang terhadap H.

Malah tanpa ada perasaan malu dan bersalah dia meluahkan rasa hati, ikhlas menerima H dalam hidupnya.

  • Isteri bersemuka dengan wanita yang didakwa menjalin hubungan dengan suaminya, H.
  • ‘Orang ketiga’ lantang bersuara dan mengaku reda jika H mahu melepaskannya.
  • Dia banyak mengetahui tentang diri H termasuk masalah microsleep dan memuji H ayah yang baik.
  • Dia juga mengaku sayang serta ikhlas menerima H, malah memberi ‘nasihat’ rumah tangga kepada isteri sah.
  • Akhirnya dia minta maaf kerana menyedari kehadirannya mengganggu proses perdamaian pasangan berkenaan.

"Tapi kalau dia kata dia nak kembali pada awak demi anak-anak, memang saya tak ada masalah. Awak nampak muka saya main-main ataupun saya fake

"Terpulang pada awak nilai macam mana sebab sejauh mana hubungan dia dengan awak, kisah silam awak dengan dia, saya tak mahu ambil tahu pun.

"Macam mana saya dulu kenal dengan ex saya pun, saya tak mahu dengar dia punya kisah silam... satu kesilapan saya, saya tak ambil tahu (kisah silam) sebab percaya orang mempunyai peluang untuk berubah," ujarnya lagi.

Menerusi video berdurasi 6 minit 32 saat itu lagi, wanita ini dilihat memberi 'nasihat' mengenai cara memperbaiki hubungan antara suami isteri.

Namun selepas isteri H menyatakan dia tidak berpeluang untuk melakukannya, wanita ini terus melenting kerana menganggap dirinya menjadi punca.

"Macam mana awak kecewa dengan dia, dia pun ada kecewa dengan awak, perkara tu kena consult antara awak dua orang.

"Awak cakap dah enam tahun tapi apabila awak cakap macam ni, seolah-olah saya yang menyebabkan awak tak boleh consult," ujarnya yang turut memihak kepada H selepas lelaki itu keluar meninggalkan rumah kediamannya.

Dia juga berkali-kali mempersoalkan sama ada isteri H pernah memujuk suaminya sepanjang tempoh perkahwinan.

"Jujur saya tanya adakah awak memujuk dia? Saya cakap sebelum saya hadir, awak pujuk tak H?" ajunya.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

Seolah-olah menyedari dirinya mengganggu proses perdamaian yang berlaku antara pasangan suami isteri itu, dia akhirnya membuat ucapan maaf.

Tambahan pula isteri H menyatakan dia telah mendapatkan khidmat kaunseling sejak 2024 sehingga kini.

"Rumit sebenarnya, saya minta maaflah kalau saya mengganggu proses perdamaian tapi saya cakap seikhlas-ikhlasnya... kalau awak rasa awak masih ada harapan dengan dia.

"Cuma kita sebagai mak ayah yang dah berpisah pun kena matang, saya walaupun nafkah ayah diaorang ni tak okay, tapi saya hidup dengan apa adanya, " katanya memberi nasihat.

 

Artikel Lain

Daddy Rock meninggal dunia