USIA lewat 20-an sering dianggap sebagai 'lampu merah' bagi golongan wanita yang masih belum mendirikan rumah tangga.Norma masyarakat itu membuatkan mereka dalam kelompok berkenaan sering diasak dengan pelbagai pertanyaan daripada saudara-mara, selain ada yang dipaksa menerima jodoh pilihan keluarga. Sedang melalui situasi tersebut, seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila dia bukan sahaja perlu berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya malah terpaksa membiayai kos majlis kendurinya sendiri."Perempuan ke yang kena keluarkan duit untuk kahwin? Berapa saya kena keluarkan ni, RM10,000 ke untuk majlis?Majlis perkahwinan perlu dirancang dengan sebaiknya. -Gambar hiasan AI"Sudahlah kena kahwin dengan orang yang saya tak mahu, pilihan keluarga," luahnya di Thread.Gadis berusia 28 tahun itu turut menyatakan kos yang terpaksa dikeluarkan untuk majlis perkahwinan tersebut adalah terlalu tinggi dan membebankan meskipun bergaji bulanan RM5,000.Sungutnya lagi, dia tidak sanggup untuk menggunakan wang tersebut untuk 'meraikan' individu yang tidak disukai."RM10,000 tu pun saya rasa banyak untuk berkahwin dengan orang yang saya tak mahu.Wanita 28 tahun dipaksa kahwin pilihan keluarga.Tertekan perlu tanggung kos majlis sendiri.Anggap RM10,000 terlalu membebankan.Tak rela kahwin dengan lelaki tak disukai.Netizen nasihat jangan paksa diri berkahwin.Ringkasan ini dijana oleh AI"Dia bergaji RM2,500... nak suruh kahwin sebab mak ayah saya berkenan agama dan akhlak dia selain sebab usia saya 28 tahun," tambahnya lagi.Mengakui rasa tertekan dengan situasi yang menimpa, dia turut meluahkan kebimbangan sekiranya bakal suami terbabit akan menetap di rumahnya.Ia berikutan dia sudah mempunyai sebuah rumah hasil usaha kerasnya sendiri.ARTIKEL BERKAITAN: Mak tak paksa kahwin, macam sokong hidup tanpa suami... Anak keliru, mula risau mungkin ada maksud tersiratARTIKEL BERKAITAN: Baru seminggu kenal, dah kena ‘push’ soal kahwin! Gadis rimas dikongkong, dituduh bongkak tolak calon menantu pilihan ibuLuahan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.Ada yang bersimpati dengan nasibnya yang terpaksa berkorban demi menjaga hati ibu bapa, namun tidak kurang juga menasihatinya agar berfikir masak-masak sebelum melangkah ke alam perkahwinan."Seumur hidup tu lama sis, hati kalau tak mahu jangan dipaksa nanti awak sendiri yang merana."Jangan kahwin semata-mata umur dah 28 tahun, kahwin tanpa perasaan lagi susah," demikian reaksi netizen.