DALAM masyarakat Melayu, perihal jodoh dan perkahwinan menjadi perkara penting dan fasa ini perlu dilalui dalam kehidupan seseorang.
Maka tidak hairanlah apabila soalan 'bila nak kahwin' sering diajukan kepada mereka yang telah melepasi usia tertentu.
Bagaimanapun seorang wanita meluahkan rasa hairan apabila dia tidak digesa mendirikan rumah tangga oleh ibunya.
Wanita yang telah berkahwin perlu akur pada suaminya. -Gambar hiasan
"Mak aku pernah cakap, ada orang tanya dia kenapa aku tak kahwin lagi.
"Dia jawab 'entah' dan orang tu balas mungkin aku nak kejar karier," ujarnya menerusi hantaran di media sosial.
Bagi wanita ini, jawapan yang diberikan ibunya seolah-olah mempunyai maksud tersirat.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita meluat tengok perangai jiran perempuan bujang tepi rumah, tergedik-gedik dengan suami orang! - “Dia tak pernah pun tegur saya”
ARTIKEL BERKAITAN: Sahabat baru kahwin 2 bulan luah ‘bujang lagi best’... Wanita tak cepat gabra, faham sebab lama sangat hidup berdikari
Tambahan pula, ibunya secara tidak langsung memberi persetujuan sekiranya dia ingin meneruskan kehidupan tanpa pasangan.
"Hakikatnya, mak aku selalu cakap tak payah kahwinlah, nanti menyusahkan diri. Single macam ni kan best, boleh berjalan sana sini, beli itu ini.
"Balik kerja tak payah susah-susah nak masak, nak makan beli je kalau malas masak," luahnya mengimbau kata-kata ibunya sebelum ini.
Arwah mak saya cakap, lelaki zaman sekarang tak macam dulu-dulu.
WARGA MAYA
Menurut wanita ini lagi, pada awalnya dia berasa lega dengan kata-kata ibunya kerana tidak diberi tekanan soal jodoh seperti kebanyakan individu seusia yang lain.
Namun, ada kalanya dia terfikir adakah pesanan tersebut disebabkan ibunya tidak melihat masa depannya bersama pasangan atau sebaliknya.
"Aku tak tahu nak gembira atau menangis dengan kenyataan mak aku," katanya lagi.
Warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing.
Malah dia diminta untuk mengambil anak angkat apabila menyuarakan keinginan untuk memiliki zuriat.
Isu kahwin yang dibangkitkannya mendapat pelbagai reaksi warga maya.
Ada juga yang berkongsi pengalaman sebagai wanita yang telah mendirikan rumah tangga.
"Acik pun sependapat dengan mak kau, tapi kau pun mesti nak ada anak... cuma acik nak pesan, berkahwinlah kalau ada jodoh tapi jangan berhenti kerja.
"Apa mak awak cakap tu betullah, bagi saya yang pernah kahwin dan cerai, memang seronok berteman tapi penat... tapi jadi bujang lebih seronok.
"Ada jodoh kahwin, tapi kahwin ni memang susah sebab tanggungjawab dan komitmen lagi terutama apabila ada anak.
"Arwah mak saya cakap, lelaki zaman sekarang tak macam dulu-dulu," demikian antara reaksi warga maya.