suria

Pegawai HR naik angin dapat mesej staf bawahan beritahu nak cuti… Dituduh pandai-pandai bagi arahan

Komunikasi dua hala merupakan perkara penting di tempat kerja. -Gambar hiasan AI

CARA berkomunikasi memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian, terutama melibatkan urusan kerja.

Kadangkala ia menjadi punca berlakunya salah faham seperti yang dialami wanita ini ketika dia ingin memohon cuti tahun daripada pegawai sumber manusia (HR).

Mengakui pelik dengan jawapan yang diterima, dia cuba mendapatkan pandangan netizen berhubung mesej yang dihantar kepada individu terbabit.

Setiap pekerja tertakluk kepada peraturan syarikat. -Gambar hiasan

Setiap pekerja tertakluk kepada peraturan syarikat. -Gambar hiasan

"Pendapat anda macam mana? Ada silap kat mana-mana ke dalam ayat aku ni?

"Sebelum ni pun sama juga, aku cuma tanya pasal perubahan jadual dekat tempat kerja je tapi dia jawab sangat tak profesional," adunya menerusi hantaran di media sosial.

Menyusuri tangkap layar perbualan yang dikongsikan, dia dilihat memberi salam dan menunjukkan tanda hormat kepada individu terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Mohon cuti 3 hari, dapat ‘bercuti’ selamanya! Staf rasa teraniaya diberhentikan 24 jam, rupanya ‘sambung’ dengan MC

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor hampir hilang sabar layan Gen Z, sihat walafiat tapi berani minta MC 3 hari! Makin geram dengar alasan budak sekolah

Malah perkataan yang digunakan juga boleh dianggap sebagai satu bentuk pemakluman semata-mata.

"Selamat tengah hari Miss, saya ingin maklumkan bahawa saya bercadang untuk mengambil cuti pada hari Ahad dan Isnin iaitu 29 dan 30 hari bulan, atas urusan keluarga.

"Jadi saya maklumkan awal kepada Miss sebelum jadual dikeluarkan.

Maklumkan awak nak cuti je, pasal jadual tak payah... pandai-pandailah dia sebab itu memang kerja dia.

WARGA MAYA

"Esok saya akan serahkan surat cuti dan minta driver tolong hantarkan kepada Miss. Terima kasih atas pertimbangan Miss," demikian mesej yang dihantarkan kepada pihak HR.

Kira-kira 21 minit kemudian, dia menerima mesej balas.

"Sound like ordering me?", tanya individu berkenaan seolah-olah mesej terdahulu memberi arahan kepadanya.

Difahamkan pengadu wanita ini tidak bekerja di ibu pejabat yang menempatkan semua unit pengurusan termasuk HR.

Demikian reaksi warga maya pada persoalannya.

Demikian reaksi warga maya pada persoalannya.

Malah katanya, kebanyakan urusan berkaitan dihubungkan melalui pemandu syarikat.

"Jarang jumpa, biasa apa-apa urusan melalui driver sebab dia kerja di pejabat dan kita orang ditugaskan di outlet," tambahnya.

Hantaran yang dibuatnya itu membuatkan warga maya tampil berkongsi pandangan dan nasihat tentang cara komunikasi yang berkesan.

"Nak cuti pun kena buat ayat karangan seperti jawab soalan peperiksaan. Dapat pula HR yang nak menopouse.

"Maklumkan awak nak cuti je, pasal jadual tak payah... pandai-pandailah dia sebab itu memang kerja dia.

"Balas balik, kalau tak faham Bahasa Melayu, saya boleh tulis semula dalam English dan jangan mudah-mudah tuduh saya bagi arahan kalau tak faham terlebih dahulu.

"HR pun, melebih-lebih macam la approval tu daripada dia," demikian reaksi warga maya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain