IBU bapa yang mempunyai anak kecil pasti berdepan cabaran apabila membawa mereka ke surau atau masjid.
Dalam situasi mahu menunaikan solat sama ada sendirian atau berjemaah, ibu bapa dalam masa yang sama dilanda dilema kerana bimbang si kecil akan mengganggu jemaah lain.
Berdepan situasi sama, seorang wanita berkongsi pengalaman kurang enak apabila dirinya menerima reaksi negatif daripada seorang jemaah ketika singgah untuk menunaikan solat Maghrib di sebuah masjid, baru-baru ini.
"Saya solat Maghrib laju-laju sebab tak nak anak kacau orang semasa saya solat. Anak memang duduk je, cuma dia dok pukul-pukul saya. Biasa dia okay sangat, tapi hari tu dia buat perangai sikit.
Membawa anak ke masjid adalah antara langkah dalam mendidik mereka mengenali ajaran Islam. -Gambar hiasan
"Siap solat, laju-laju saya masuk bilik telekung nak bersiap. Tiba-tiba ada makcik masuk. Dia memang dah jeling-jeling. Saya cepat-cepat bersiap, anak pula pergi masuk dalam ampaian telekung.
"Entah macam mana, ampaian terjatuh tapi saya sempat sambut... sambil cubit anak. Dah kena cubit mestilah nangis kan. Makcik tadi terus keluar dari bilik telekung sambil macam protes," tulisnya dalam satu hantaran di laman sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak akhirnya dapat tarawih bersama bapa tiri... Dulu disimbah gulai sebab ajak ayah kandung ke masjid
ARTIKEL BERKAITAN: AJK masjid pagar saf kedua, anak jemaah terkencing dalam seluar... Rakaat pertama dah ‘berjoget’ nak kencing, tapi ayah terus solat
Menurut wanita tersebut, dia sememangnya sering membawa anak kecilnya yang berusia tiga tahun setengah beriadah di taman rekreasi yang terletak berhampiran dengan masjid berkenaan pada waktu petang.
Kekangan waktu membuatkan dia memilih untuk singgah di masjid memandangkan waktu Maghrib agak singkat, selain dirinya terpaksa menguruskan anak seorang diri kerana hidup berjauhan dengan suami.
Saya takkan maafkan pandangan makcik pada saya dan anak saya. Sampai bila-bila pun saya ingat.
PENGADU
"Salah ke kita bawa anak ke masjid? Anak umur tiga tahun empat bulan, orang expect apa from them? Ada ke budak-budak yang bila kita suruh duduk, dia duduk macam robot?
"Kalaulah masjid tu tak benarkan kanak-kanak masuk, tolong letak papan tanda 'kids not allowed'. So rasa macam dah tak nak solat situ lagi dah," tulisnya lagi.
Menurut wanita berkenaan, dia hanya mahu berkongsi pengalaman pahit di samping ingin menyampaikan mesej bahawa orang sekeliling sewajarnya mempunyai empati jika berdepan situasi sedemikian.
Sebahagian daripada komen warga maya.
"Saya takkan maafkan pandangan makcik pada saya dan anak saya. Sampai bila-bila pun saya ingat.
"Syurga tu bukan mudah makcik, saya tetap nak jaga solat walau ada anak kecil. Seluruh perasaan sedih ini saya langitkan pada Allah," tulisnya lagi.
Di ruangan komen, warga maya tampil memberikan pelbagai reaksi namun rata-ratanya menyatakan sokongan dan empati terhadap wanita berkenaan, selain berkongsi pengalaman serupa.
Ramai bersetuju bahawa cabaran membawa anak kecil ke masjid bukan perkara mudah, dan ibu bapa sewajarnya diberikan ruang dan sokongan moral bukannya pandangan sinis.