suria

Suami lafaz taklik geram isteri suka rampas, rosakkan 'handphone'... Keluar rumah sementara tunggu perbicaraan

Media sosial boleh jadi punca keruntuhan rumah tangga. -Gambar hiasan

SEORANG suami berada dalam dilema sama ada perkahwinannya sudah berakhir atau sebaliknya selepas berlaku pergaduhan dengan isteri, baru-baru ini.

Berkongsi kisah, lelaki itu memaklumkan isterinya kerap merampas telefon, kemudian merosakkannya dengan cara membaling atau memukul menggunakan tukul.

Katanya, pertengkaran kali ini berlarutan selama hampir dua minggu kerana masing-masing bersikap ego dan keras kepala.

Suami isteri perlu berbincang bagi mengelak rasa tidak puas hati dalam perhubungan. -Gambar hiasanSuami isteri perlu berbincang bagi mengelak rasa tidak puas hati dalam perhubungan. -Gambar hiasan

"Ia menjadi semakin serius apabila isteri membuat provokasi agar saya menceraikannya. 

"Saya akui, punca pergaduhan berpunca daripada saya, tetapi ia tidak melibatkan isu curang, orang ketiga atau kandungan tidak senonoh dalam telefon," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kantoi curang kali kedua tapi mati-mati tak mengaku... Sanggup sumpah atas nama Allah bimbang lafaz taklik dikira sah

ARTIKEL BERKAITAN: Suami guna taklik halang isteri beli susu formula jenama sokong Israel... Ibu serba salah tengok bayi sakit tak serasi produk baharu

Jelasnya, dalam tempoh dua minggu, empat buah telefon telah rosak dengan dua daripadanya dimusnahkan pada hari pertama.

Dia kemudiannya membeli dua lagi telefon baharu tetapi turut dirampas isterinya.

"Ketika dia mengambil kedua-dua telefon tersebut, salah satunya telah dimusnahkan seperti biasa.

"Namun sebelum dia sempat merosakkan telefon yang kedua, saya telah melafazkan taklik iaitu jika dia tidak memulangkan telefon itu, maka jatuh talak.

"Saya tidak menetapkan tempoh masa untuk memulangkan, cuma memaklumkan bahawa telefon itu boleh dipulangkan bila-bila masa," katanya.

Lebih baik tuan rujuk dengan pejabat agama dulu.

NETIZEN

Namun, katanya pada hari yang sama, wanita itu tidak memulangkannya dan juga tidak memusnahkan telefon berkenaan.

"Saya percaya dia memang tidak akan memulangkan semula telefon tersebut, jadi saya menganggap talak telah jatuh dan mengambil keputusan untuk keluar dari rumah.

"Saya telah ke mahkamah untuk memfailkan kes ini dan mendapatkan pengesahan hakim. Namun perbicaraan hanya dijadualkan dua bulan lagi.

"Secara mengejut, selepas beberapa hari, isteri saya akhirnya memulangkan semula telefon tersebut. Kini saya tertanya-tanya, adakah talak telah jatuh atau tidak?" soalnya, bingung.

Reaksi netizenReaksi netizen

Netizen berpandangan lelaki itu perlu ke pejabat agama untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai status perkahwinannnya.

Selain itu dia juga disaran untuk bertanya sendiri kepada isterinya, sama ada masih mahu meneruskan perkahwinan atau tidak.

"Lebih baik tuan rujuk dengan pejabat agama dulu untuk pengesahan sebab lafaz ni bukan main-main.

"Bergaduh macam mana pun jangan suka-suka bermain dengan talak," katanya. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain