suria

Suruh kacau gula dianggap kurang ajar, esoknya dapat surat amaran! Staf pandu lalu ‘resign’, serik kerja hadap pelanggan

Pelanggan wanita tidak berpuas hati dengan layanan pekerja di kaunter pandu lalu. -Gambar hiasan AI

SEORANG bekas pekerja restoran makanan segera berkongsi pengalaman tidak dapat dilupakan semasa bertugas di bahagian pandu lalu sekitar tahun 2020.

Menurut wanita tersebut, ketika itu dia bertugas bersama rakan yang mengambil pesanan, manakala dia pula berperanan menyerahkan makanan dan minuman kepada pelanggan. 

Ramai pelanggan cerewet ketika membuat pesanan makanan. -Gambar hiasan

Ramai pelanggan cerewet ketika membuat pesanan makanan. -Gambar hiasan

"Kedua-dua kami memakai alat komunikasi headset, dan terdengar jelas seorang pelanggan wanita meminta minumannya ditambah gula.

"Mengikut SOP kami, kalau pelanggan tak nyatakan berapa pump gula, kami akan letak tiga pump secara automatik," kongsinya di media sosial.

Bercerita lanjut, katanya, sebaik pelanggan itu tiba di tingkap pengambilan makanan, dia terus bertanya sama ada gula sudah dimasukkan atau belum. 

ARTIKEL BERKAITAN: Gelang emas ‘sekerat’ lengan tapi beli baju RM10 pun minta diskaun... Peniaga naik menyampah layan kerenah makcik-makcik kedekut!

ARTIKEL BERKAITAN: Resit luar biasa panjang gara-gara pelanggan banyak songeh, setiap item ada nota pesanan... Tauke restoran syak ‘kerja’ perempuan!

"Saya jawab 'yes miss, kita dah letak gula'. Tapi bila dia terus sedut dia mengadu minuman itu tidak manis.

"Saya pun jawab dengan nada lembut, 'cuba awak kacau air tu, sebab kita letak gula dekat bawah’,” katanya.

Namun gadis tersebut menunjukkan wajah tidak puas hati.

"Apabila ditanya mahu berapa pump gula yang diperlukan dia menjawab dengan sinis 'tambah la berapa pun'.

"Selepas tambah tiga pump lagi, hanya teman lelakinya yang membalas dengan senyuman dan ucapkan terima kasih," katanya.

Pernah dapat komplen sebab rendang daging tak rasa macam daging.

NETIZEN

Keesokan harinya tanpa diduga, pekerja itu dipanggil oleh pengurus kerana menerima aduan rasmi menerusi e-mel. 

"Isi kandungan aduan itu menyebut saya kurang ajar, tidak dengar arahan, bersikap biadab kerana menyuruh pelanggan kacau air dan tanya berapa banyak gula yang dimahukan.

"Dia juga cakap saya buat muka annoying, padahal saya senyum dari awal sampai habis,” katanya.

Reaksi netizen

Reaksi netizen

Walaupun rakannya menjadi saksi dan pengurusnya bersetuju insiden itu tidak sepatutnya menjadi isu, dia tetap dikenakan surat amaran atas arahan pihak atasan.

"Lepas tu saya berhenti kerja dalam bidang yang kena hadap pelanggan. Aman damai hidup sekarang,” katanya mengakhiri perkongsian.

Bagi netizen yang pernah bekerja di restoran, mereka mengakui sering berdepan isu remeh yang dibangkitkan pelanggan.

"Pernah dapat kompelin sebab rendang daging tak rasa macam daging.

"Pernah dapat surat amaran sebab tak bagi pinggan dekat pelanggan sebab dia nak letak sos, walhal pengurus yang tak bagi tak pelanggan bazir sos," katanya.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain