suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Iman tak dapat diwarisi... Gadis pura-pura bertudung depan bapa alim, tembelang hampir pecah waktu jalan-jalan dekat ‘mall’

Ketegasan ibu bapa membuatkan sesetengah anak kekal berada dalam ketakutan walaupun sudah menginjak dewasa. -Gambar hiasan AI

DIDIKAN yang terlalu tegas oleh sesetengah ibu bapa kadangkala boleh membuatkan segelintir anak-anak berasa tertekan hingga terpaksa menipu demi menutup kesalahan sendiri.

Begitulah kisah pengajaran dikongsikan seorang gadis tentang rakannya yang membesar dalam sebuah keluarga terlalu tegas sehingga sanggup berbuat apa sahaja termasuk mengorbankan orang lain kerana takut dimarahi.

Menurut gadis ini, bapa rakannya itu seorang yang amat mementingkan agama dan menetapkan pelbagai peraturan ketat di rumah.

Ibu bapa perlu bertegas dengan anak-anak bagi tujuan mendidik tetapi jangan sehingga mendera mereka. -Gambar hiasan AI

Ibu bapa perlu bertegas dengan anak-anak bagi tujuan mendidik tetapi jangan sehingga mendera mereka. -Gambar hiasan AI

"Ada satu hari tu dia keluar tak pakai tudung. Saya pula memang bertudung. Tiba-tiba waktu jalan dekat mall terserempak dengan bapa dia.

"Dia terus tarik saya ke tepi dan sembunyi dalam keadaan gelabah. Boleh pula dia paksa saya buka tudung, tapi saya cakap tak nak," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Garang dengan anak biar bertempat, jangan sampai ramai hilang rahmat Allah

ARTIKEL BERKAITAN: Ayah asyik sibuk, mak pula garang menyinga... Gadis dahaga kasih sayang dapat belaian lelaki luar, terlanjur sampai ketagih

Walaupun pada awalnya dia enggan, namun akhirnya gadis itu terpaksa mengalah selepas mendengar alasan panik daripada rakannya itu.

"Dia kata kalau kantoi bapa dia akan pukul, jadi saya mengalah dan tanggalkan tudung untuk bagi dia pakai.

"Nasib baik waktu tu saya pakai hoodie, jadi dapatlah tutup kepala," katanya.

Bagaimanapun, niat baiknya untuk menyelamatkan rakan bertukar menjadi pengalaman pahit apabila dia pula yang menjadi mangsa fitnah secara tak sengaja.

"Tapi yang bikin geram, boleh pula bapa dia beritahu dekat mak saya bahawa saya tak bertudung dekat luar. Seolah-olah macam mak saya pula tak pandai didik anak," luahnya.

  • Gadis dipaksa buka tudung oleh rakannya yang takut kantoi dengan bapa.
  • Rakannya sanggup meminjam tudung kerana bimbang dipukul bapanya.
  • Bapa rakannya kemudian menyangka gadis itu keluar tanpa bertudung.
  • Kisah itu mencetuskan perbincangan mengenai kesan didikan terlalu tegas.
  • Netizen menasihatkan gadis itu menjauhkan diri daripada rakannya.

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial, di mana rata-rata menasihati gadis berkenaan supaya lebih berhati-hati dan jarakkan diri daripada rakan sedemikian.

"Kawan macam tu nanti kalau kantoi apa-apa lagi, nama awak juga yang busuk. Mesti dia petik nama awak.

"Tu bukan kawan, tolong tarik diri dan putuskan segala komunikasi dengan dia.

"Kalau saya, memang saya akan hantar gambar anak dia tak bertudung tu dekat dia. Macam la dia pandai ajar anak," komen warga maya.

Artikel Lain