suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Garang dengan anak biar bertempat, jangan sampai ramai hilang rahmat Allah

Islam sangat menitikberatkan sifat kasih sayang dalam mendidik anak-anak. -Gambar hiasan AI

BERGELAR ibu bapa bukanlah satu peranan yang mudah kerana mereka memikul amanah besar dalam membentuk dan mendidik anak-anak menjadi insan berguna.

Namun dalam usaha membentuk sahsiah anak, ibu bapa tetap diingatkan supaya tidak terlalu garang atau bersikap bengis sehingga menghilangkan elemen kasih sayang dalam institusi keluarga.

Pendakwah, Ustaz Wadi Annuar berkata, ibu bapa perlu mengimbangi ketegasan dengan sifat rahmah dalam mendidik anak-anak mereka.

Menurut Wadi, rahmat Allah SWT akan turun ke dalam rumah yang dihuni oleh ibu bapa yang penyayang, bukannya mereka yang kasar dan keras hati.

"Jangan garang dan bengis sangat dengan anak-anak. Garang dan tegas biarlah bertempat, kerana rahmat Allah turun ke dalam rumah yang dihuni oleh ibu ayah yang penyayang, bukan kasar dan keras hati," katanya.

Dalam perkongsiannya, Wadi turut mengingatkan golongan bapa supaya menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Ibu bapa dinasihatkan tidak terlalu emosi dalam memarahi anak-anak. -Gambar hiasan AI

Ibu bapa dinasihatkan tidak terlalu emosi dalam memarahi anak-anak. -Gambar hiasan AI

Nasihat Rasulullah

Ustaz Wadi memetik sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW pernah mencium cucunda Baginda, al-Hasan bin Ali, di hadapan al-Aqra' bin Habis al-Tamimi.

Lelaki itu kemudian berkata bahawa dia mempunyai 10 orang anak, namun tidak pernah mencium seorang pun daripada mereka.

Mendengar perkara tersebut, Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi." (Hadis sahih riwayat al-Bukhari)

Jelasnya, hadis tersebut menunjukkan bahawa Islam sangat menitikberatkan sifat kasih sayang dalam mendidik anak-anak.

Kata Wadi, ketegasan sememangnya diperlukan dalam mendidik, namun ia perlu dilakukan pada tempat dan keadaan sesuai tanpa mengabaikan kelembutan serta kasih sayang yang menjadi asas pembentukan keluarga bahagia.

Kasih sayang yang ditunjukkan melalui pelukan, ciuman, kata-kata yang baik dan perhatian terhadap anak-anak bukan sahaja mengeratkan hubungan kekeluargaan, malah menjadi salah satu cara meraih rahmat serta keberkatan Allah SWT dalam rumah tangga.

Artikel Lain