suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menghayati kemuliaan Muharam... Antara 4 bulan suci dalam Islam, peluang ‘recharge’ ibadah dan tambah pahala

Jadikan tahun baharu sebagai peluang terbaik memperbaiki diri dan meningkatkan amal ibadah. -Gambar hiasan AI

DALAM takwim Islam, awal Muharam bermula secara rasmi selepas matahari terbenam pada hari terakhir bulan sebelumnya iaitu Zulhijjah.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi perkongsian di Facebook menjelaskan Muharam merupakan antara bulan istimewa kerana termasuk dalam kategori bulan haram yang dimuliakan oleh Allah SWT.

Perkara ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah ayat 36, yang bermaksud:

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan… di antaranya empat bulan yang dihormati. 

"Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan dihormati itu (dengan melanggar larangannya).”

Menurut JAKIM, selain Muharam terdapat tiga bulan lain dalam Islam yang dimuliakan (bulan haram), iaitu Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah.

Bulan-bulan ini mempunyai kedudukan istimewa dan umat Islam digalakkan memperbanyakkan amal soleh serta menjauhi perbuatan dosa.

Kelebihan puasa di bulan Muharam

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Puasa yang paling utama selepas Ramadan adalah puasa di bulan Allah, iaitu Muharram. Sedangkan solat yang paling utama selepas solat fardhu adalah solat malam.” (Hadis Riwayat Muslim, 1163)

Hadis ini menunjukkan puasa sunah di bulan Muharam adalah antara amalan yang sangat dianjurkan dan merupakan puasa paling afdal selepas Ramadan.

Amalan digalakkan di bulan Muharam

Ulama menjelaskan keutamaan Muharam sebagai pembuka tahun Hijriah wajar dimanfaatkan dengan memperbanyakkan amalan ibadah.

Ini termasuklah berpuasa sunah, memperbanyakkan zikir dan berdoa serta meningkatkan ibadah malam.

Kesimpulannya, bulan Muharam bukan sekadar permulaan tahun baharu Hijriah, tetapi juga peluang terbaik untuk umat Islam memperbaiki diri dan meningkatkan amal ibadah sebagai bekalan akhirat.

Artikel Lain