SETIAP pasangan pastinya mendirikan rumah tangga atas dasar cinta, namun tidak semua mampu mengekalkan kebahagiaan yang diimpikan apabila terpaksa berdepan realiti kehidupan selepas berkahwin.Begitulah kisah duka seorang wanita yang meluahkan rasa kecewa terhadap suaminya sehingga mengakui menyesal berkahwin kerana mendakwa lelaki itu gagal memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Jelasnya, walaupun suami memperoleh pendapatan dalam kategori M40, lelaki itu didakwa langsung tidak mempunyai perancangan kewangan yang baik sehingga gagal menyediakan simpanan untuk masa depan mereka keluarga."Suami tak mampu nak buat simpanan, ambil insurans atau takaful untuk perlindungan kewangan diri dan keluarga. Pendek kata memang tak celik kewangan.Gagal menguruskan kewangan boleh menjadi asbab hubungan pasangan berdepan konflik. -Gambar hiasan AI"Tak rasa nak tambah pengetahuan. Sudah la freelance, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pun tak ada. Aku yang suri rumah ni meronta-ronta cari kerja untuk upgrade diri dan anak."Aku dulu kerja dekat bandar, balik duduk kampung semata-mata tak nak PJJ (hubungan jarak jauh). Ingatkan dia lelaki baik yang luas pengetahuan kehidupan," katanya.Tambah wanita itu lagi, ketika zaman bercinta, lelaki berkenaan kelihatan seperti seorang yang berperwatakan lemah lembut sehingga berjaya mencuri hatinya.Namun realitinya berbeza selepas berkahwin apabila suaminya dikatakan tidak berdisiplin serta malas membantu menguruskan kerja-kerja rumah.ARTIKEL BERKAITAN: Nafkah 1k sebulan tak pernah ‘miss’, tapi suruh isteri bayar macam-macam - “Dia punya feeling macam bagi RM10,000”ARTIKEL BERKAITAN: Suami nak jadi ‘rider’ kampung, syok tinggal di Kelantan... Yakin boleh dapat gaji RM1,000 semingguDalam masa sama, wanita itu turut mendakwa suaminya sering bergantung harap kepadanya untuk menguruskan pelbagai perkara sehingga membuatkan dia berasa penat daripada segi mental dan fizikal."Kalau orang luar tengok dia ni baik tapi sebenarnya lemah ya. Tak masuk topik dalam kain lagi. Aku penat la. Mujur la dia tak nak ada anak dah."Aku pun tak nak ada anak. Penat mental dan fizikal aku. Rasa macam anak mak la, asyik kena suruh je buat apa-apa. Memang low man value. Aku menyesal!," luah wanita itu lagi.Isteri kesal suami gagal pikul tanggungjawab.Suami didakwa kurang celik pengurusan kewangan.Kecewa suami terlalu bergantung kepada isteri.Pasangan jadi beban, isteri luah penyesalan.Sikap suami selepas kahwin buat isteri kecewa.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian jujur wanita ini menarik perhatian ramai di media sosial sehingga mencetuskan pelbagai pandangan dan reaksi daripada netizen."Sebab tu wanita kena kerja. Kalau apa-apa jadi boleh hidup berdikari. Lagi-lagi kalau ada anak. Semoga dipermudahkan."Kalau kerja sendiri, lagi la kena bijak dalam pengurusan kewangan. Pendapatan memang berkepuk-kepuk tapi pastikan ada duit masa kecemasan disimpan."Saya rasa kebanyakan lelaki memang macam tu. Ada yang tahu sendiri bila nak bantu isteri, tapi ada juga isteri yang rasa rimas apabila suami cuba tolong. Hakikatnya, ramai suami jenis kena ketuk baru jalan," komen beberapa netizen.