TEKANAN kewangan selepas pulang ke kampung dan tinggal di rumah mentua di Kelantan membuatkan seorang wanita ini buntu.Mana tidaknya, suaminya seolah-olah berat hati untuk kembali mencari rezeki di Kuala Lumpur, meskipun komitmen bulanan mereka kini semakin menjerut leher. Menurutnya, sudah tiga bulan dia menetap di Kelantan selepas suaminya begitu yakin bahawa kerja sebagai penghantar makanan di sana mampu menjana pendapatan sekitar RM1,000 seminggu dan dirasakan cukup untuk menampung hidup mereka.Namun, realitinya tidak seindah yang disangka.Suaminya kini bergelut menanggung tunggakan bayaran sebuah kereta dan tiga buah motosikal yang sudah masuk bulan kedua selain timbunan bil lain yang masih belum dilunaskan."Perbelanjaan tinggal dekat Kelantan ni sama je (kos tinggi). Walaupun tinggal dengan mentua, kami masih kena beli lauk untuk masak sendiri, bukan berkongsi. Belum lagi nak kena tolong tambah barang dapur jika habis.Pendapatan sebagai penghantar makanan atau barang bergantung pada kerajinan, lokasi dan jam bekerja. -Gambar hiasan AI"Mentua kata, saya kena masak untuk suami jadi saya ikutkan saja. Mentua pun masak juga untuk famili lain yang tinggal dalam rumah tu," katanya yang difahamkan turut berasal dari Kelantan.Tambah wanita itu, dia ada mencadangkan supaya suaminya kembali bekerja di Kuala Lumpur, namun ia tidak diendahkan."Saya pun boleh pindah tinggal di rumah mak sendiri. Famili saya tak asing-asing masakan macam keluarga mentua. Cuma tambah barang dapur penting macam beras dan minyak masak je."Saya sanggup LDR (hubungan jarak jauh) sementara waktu. Suami pula boleh kerja dan selesaikan semua yang tertunggak, tapi dia masih tak nak keluar dari Kelantan ni," katanya lagi dalam luahan panjang lebar di Thread.ARTIKEL BERKAITAN: Anak Kelantan enggan pulang, fobia rasa terhina di negeri sendiri... Syukur Shah Alam jamin hidup berkualitiARTIKEL BERKAITAN: Pindah dari Kelantan ke PJ, rumah sewa murah rupanya berhantu! Mulanya nak bertahan sebab ‘sayang deposit’, akhirnya ‘cabut’ jugaHantaran tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya simpati dan cuba memberikan solusi terbaik buat pasangan ini.Ramai yang menasihatkan agar aset tidak perlu, seperti motosikal yang banyak dijual segera untuk meringankan beban.Wanita ini tertekan dengan masalah kewangan selepas pindah ke Kelantan.Pendapatan suaminya sebagai rider tidak cukup menampung komitmen bulanan.Tinggal bersama mentua juga tidak banyak membantu perbelanjaan.Dia mahu suaminya kembali bekerja di Kuala Lumpur.Netizen menyarankan suaminya menjual motosikal dan cari kerja stabil.Ringkasan ini dijana oleh AI"Gaji dekat Kelantan ni murah. RM900 hingga RM1,200 je. Nanti bayar pengasuh RM400 (jika ada anak), duit makan sebulan RM150, duit minyak petrol lagi... macam tak berbaloi."Kalau betul kerja rider dekat Kelantan ni boleh dapat RM1,000 seminggu, tak ada la ramai yang menganggur duduk sini. Kos sara hidup pun rendah, gaji pun sama. Kerja lagi la susah."Sekiranya tak betul-betul ada kerja yang stabil dekat Kelantan ni memang susah nak teruskan kelangsungan hidup," komen beberapa netizen pada hantaran dibuat.