SAMBUTAN hari istimewa pastinya lebih bermakna apabila ia diraikan dengan penuh kemeriahan bersama insan tersayang.Namun menurut seorang wanita, sambutan ulang tahun kelahirannya dirasakan begitu hambar apabila ia diraikan secara ala kadar sahaja oleh suami tercinta. "Masa birthday suami, aku beria sambut dekat kafe mahal. Siap ada dekorasi meja lagi. Aku bagi hadiah mahal-mahal.Makan malam romantis biasanya menelan belanja ratusan hingga ribuan ringgit. -Gambar hiasan AI"Tapi apabila tiba birthday aku, dia cuma bagi bunga RM50 dan ucap selamat hari jadi saja," luah wanita itu.Selain isu nilai hadiah yang diterima, wanita itu turut membangkitkan sikap suaminya yang tidak bersungguh-sungguh dalam hubungan mereka."Masa birthday dia, aku ajak tangkap gambar. Tiba-tiba dia cakap sakit kepala nak balik rumah. Tapi esoknya, elok pula dia keluar dengan ayahnya.Wanita luah rasa tidak puas hati dengan sikap suaminya.Dia kecewa sambutan hari lahirnya disambut ala kadar.Suaminya hanya memberikan ucapan dan bunga RM50.Netizen minta wanita itu bersyukur dengan pemberian suaminya.Ringkasan ini dijana oleh AI"Setakat hadiah bunga, yang nilai RM200 pun aku boleh beli sendiri. Aku ni nak kenangan yang indah, nak buat video dan selfie dengan dia," luah wanita itu lagi.Di ruangan komen, ramai kaum Hawa memberikan sokongan moral kepada wanita itu dan meminta agar dia tidak terlalu berharap kepada suaminya.Namun, ada juga beberapa individu yang meminta wanita itu bersangka baik dengan usaha suaminya.ARTIKEL BERKAITAN: ‘Terciduk’ selepas janji hadiah birthday untuk isteri, gimik ‘RM1 untuk 1 like’ makan diri! Suami kena bayar lebih RM14,000ARTIKEL BERKAITAN: Bini buat surprise sambutan hari jadi mewah, di akhir cerita suami ‘terkena’ bayar bil - “Sayang nanti bayar balik kan?”"Lain kali sambut birthday dia sebagaimana dia sambut birthday kamu saja. Tak perlu beria."Perempuan yang cerita keburukan suami di media sosial, tujuannya nak suruh netizen kutuk pasangan ke?"Syukurlah dia ada bagi sesuatu. Ada juga usaha dia nak bagi ucapan dan bunga. Ada orang tak rasa pun semua tu."Cakap je dekat suami hadiah apa yang kamu nak. Kadang orang lelaki ni blur," ujar netizen lagi.