suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masam muka sebab pisang goreng... Suami kecil hati isteri larang jamah makanan, terus pasang ‘headphone’ sambung kerja

Sedikit rasa empati mampu mengelakkan salah faham antara suami isteri menjadi besar. -Gambar hiasan AI

HANYA kerana sepinggan pisang goreng, suasana sebuah rumah tangga bertukar hambar dan sepi.

Seorang lelaki meluahkan rasa terkilan apabila pelawaan makan daripada si isteri yang pada awalnya disangka ikhlas, rupa-rupanya berakhir dengan gurauan kasar yang menggores hati.

"Isteri aku beli pisang goreng guna duit dia. Nak dijadikan cerita, dia pelawa aku makanan tu.

Komunikasi antara pasangan penting bagi mengelakkan salah faham dalam hubungan. -Gambar hiasan AI

"Aku pula cakap nanti la sebab masa tu aku nak fokus kerja... selepas tu baru aku akan makan. Kemudian habis je kerja, aku pergi la dekat coffee table nak makan pisang goreng yang dia pelawa tadi.

"Tiba-tiba dia kata mana boleh makan, tu dia punya. Aku yang tengah lapar ni terus mood turn off (hilang selera) sebab dia cakap macam tu," ceritanya di Threads.

Apa yang membuatkan lelaki itu lebih terkilan, usikan atau kata-kata isterinya itu cukup menggores hatinya.

Ini kerana selama ini, dia sendiri tidak pernah berkira untuk berkongsi apa sahaja barang atau rezeki miliknya dengan si isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda kongsi kisah putus cinta gara-gara timun... Teman wanita merajuk, hilang selera nak makan nasi lemak ayam goreng

ARTIKEL BERKAITAN: Minah salih merajuk, tak boleh cari makan di Malaysia... Disuruh buat ‘content’ promosi tapi nak bayar guna barang

Jelasnya lagi, isu utama bukanlah dia tidak mampu untuk memesan makanan lain melalui perkhidmatan penghantaran, tetapi faktor kekangan masa ketika sedang sibuk bekerja membataskan segalanya.

"Kalau kau tahu nak makan lagi... jangan la offer dekat aku makanan tu. Aku terus pasang headphone dan sambung kerja. Salah ke aku nak terasa dengan isteri fasal benda ni.

"Tapi sebelum anda semua nak komen negatif cakap aku lelaki lemah, kau cuba duduk di posisi aku dulu. Tengah lapar dan isteri tawarkan makanan. Tapi lepas tu buruk siku cakap tak boleh makan pula.... apa kau rasa?

"Entah la, nak merajuk pun... dia bini aku. Hadaplah," ujar lelaki itu.

  • Suami terkilan isteri tarik balik pelawaan makan.
  • Tangguh makan sebab kerja, akhirnya hilang selera.
  • Suami kecil hati isteri tak bagi jamah pisang goreng.
  • Pelawa makan, tapi akhirnya tak dibenarkan.
  • Netizen percaya isteri sebenarnya merajuk.

Susulan perkongsian itu, ramai berpendapat tindakan isterinya itu sebenarnya berpunca daripada rasa merajuk kerana pelawaan awalnya ditolak, dan bukannya kerana sifat kedekut.

"Dia merajuk tu sebab pada awalnya dia ajak makan, tapi awak tak layan. Bukan dia kedekut. Bukan dia nak sangat pisang goreng tu pun. Dia merajuk la. Itu pun tak faham ke?

"Tapi betul la bab makan ni jangan la dibuat main apatah lagi nak merajuk, marah atau berkira. Aku kalau bab makanan ni auto serba salah kalau orang larang tak bagi makan.

"Letak diri sendiri dekat tempat orang tu. Rasa macam terhinanya. Terasa gila macam kita terhegeh-hegeh, mengemis nak makan," komen beberapa netizen.

Artikel Lain