suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda rasa tak logik ramai lelaki B40 mampu ‘bina masjid’, persoal kemampuan sara isteri dengan gaji RM2,500

Sudah menjadi budaya pasa masa ini apabila majlis perkahwinan menelan belanja sehingga ribuan ringgit. -Gambar hiasan AI

PERSEDIAAN menuju alam rumah tangga tidak hanya tertumpu kepada aspek mental, malah turut melibatkan kestabilan kewangan.

Menurut seorang pemuda, dia hairan melihat segelintir lelaki yang berani mendirikan rumah tangga walaupun kewangan mereka belum stabil.

"Macam mana lelaki gaji RM2,500 sebulan boleh kahwin? Cuba cerita macam mana kamu nak sara bakal isteri nanti?

Ramai pasangan mampu hidup bahagia dalam cara sederhana. -Gambar hiasan AI

"Bayaran rumah sewa sekarang dah dekat RM1,300. Cuba cerita, aku nak tahu macam mana caranya," tulis pemuda itu.

Hantaran di aplikasi Threads itu ternyata mengundang ratusan komen netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan pandangan pemuda berkenaan.

Malah kata netizen, ramai pasangan di luar sana yang mampu menjalani kehidupan bahagia dalam suasana penuh sederhana.

  • Pemuda akui hairan lihat ramai lelaki mampu berkahwin dengan gaji RM2,500.
  • Dia mempersoalkan bagaimana mereka menanggung isteri selepas berkahwin.
  • Dia turut mempersoalkan kemampuan lelaki menyediakan rumah untuk isteri.
  • Netizen kongsi bukti ramai pasangan mampu bahagia dengan cara sederhana.

"Lelaki gaji RM2,500 pun boleh kahwin. Pokok pangkal jangan malas. Rezeki Allah yang tetapkan. Ada orang gaji RM1,400 pun bahagia.

"Carilah calon isteri yang sanggup susah senang sama-sama. Hidup seadanya, tak perlu guna barangan berjenama. Tak mewah tapi cukup.

"Kahwinlah dengan perempuan sekufu, agar dia tak meminta macam-macam dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahu bekas suami miskin, tuntut nafkah RM2,000 sebulan... Wanita dakwa segelintir ibu tunggal ‘sengaja’ sebab nak balas dendam

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji RM4,500 terus junam jadi RM1,700! Wanita dakwa suami ‘dihukum’ majikan zalim, upah dipotong lepas EL jaga anak sakit

Menurut seorang lagi wanita, dia juga tidak kisah hidup dalam keadaan sederhana dengan suami yang menerima gaji bulanan berjumlah RM2,500 sahaja.

"Dah lima tahun kahwin, semua komitmen suami bayar. Duduk rumah sendiri dengan bayaran bulanan RM800. Suami tiada kereta, cuma ada motor.

"Apa yang dia beli saya makan. Cukup keperluan dan kewajipan. Yang penting, saya tak meminta lebih daripada kemampuan suami," ujar wanita itu.

Artikel Lain