suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mentua layan menantu macam ‘kain buruk’, ugut cari isteri baru untuk anak jika gila meroyan dalam pantang!

Wanita yang sedang dalam fasa berpantang memerlukan sokongan daripada pasangan dan orang sekeliling agar proses pemulihan berjalan lancar. -Gambar hiasan AI

SEMEMANGNYA bertuah buat mana-mana wanita apabila dikurniakan ibu mentua penyayang yang menerima kehadirannya dengan tangan terbuka serta dilayan seperti anak kandung sendiri.

Namun, tidak semua bernasib baik kerana ada juga segelintir wanita yang terpaksa berdepan detik hitam menguji emosi, sehingga meninggalkan trauma sepanjang hayat.

Begitulah kisah pilu yang dikongsikan seorang wanita saat dia mengimbau pengalaman ketika hamil dan menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan cahaya mata sulung.

Menurut wanita itu, ketika kandungannya sudah sarat menanti hari, ibu mentuanya pernah mengeluarkan kata-kata yang membuatkan dia berasa tergores hati.

Emosi wanita yang sedang hamil mudah terganggu dan menjadi lebih sensitif akibat perubahan hormon. -Gambar hiasan AI

"Masa sarat pregnant, ibu mentua pesan dalam kereta, nanti lepas bersalin kena jaga pantang. 

"Kalau gila meroyan, nanti dia akan carikan bini baru untuk anak dia (suami)," tulisnya dalam satu hantaran di Threads. 

Bagaimanapun, suaminya yang menyedari keterlanjuran kata-kata itu terus menegur, namun keadaan bertukar tegang apabila si ibu pula menangis dan merajuk kerana merasakan anak lelakinya tidak menyebelahinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Umur 70 tahun masih toksik, nak kongkong semua perkara... Anak nekad pindah dari rumah ibu, mahu jaga mental isteri

ARTIKEL BERKAITAN: “Cari lagi isteri orang bandar, liar la sikit!” - Mentua tak senang tengok menantu kerap melancong, tuduh kikis duit suami

Susulan insiden itu, wanita berkenaan berhasrat mendapatkan khidmat penjaga berpantang (confinement lady atau CL) memandangkan ibunya sendiri tinggal jauh dan terikat dengan komitmen kerja.

Bagaimanapun, impian untuk berpantang dengan tenang musnah apabila suaminya berkeras mahu ibu mentuanya yang memikul tugas menjaga sepanjang tempoh kritikal tersebut.

"Aku tentang habis-habisan sampai bergaduh laki bini. Sudahnya aku mengalah sebab husband cakap balik ke rumah mentua kejap je bagi parents dia tengok cucu sulung," kongsinya.

Akur demi menjaga hati pasangan, wanita itu akhirnya menuruti kehendak suami untuk pulang ke rumah mentuanya bagi menjalani tempoh berpantang, walaupun keputusan tersebut dibuat dengan linangan air mata dalam keadaan terpaksa.

  • Seorang wanita berkongsi pengalaman pahit ketika hamil dan berpantang anak sulung.
  • Ibu mentuanya mengugut mahu mencarikan isteri baharu jika dia meroyan selepas bersalin.
  • Suaminya mempertahankannya sehingga ibu mentua merajuk.
  • Dia akur berpantang di rumah mentua walaupun pada awalnya membantah.
  • Ramai netizen menyifatkan kata-kata ibu mentuanya tidak wajar diucapkan.

"Hari demi hari... akhirnya jadi dua minggu. Setiap malam saya menangis, merayu dan meroyan nak balik rumah sendiri," katanya.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya turut terkesan dengan pengalaman yang dilalui wanita tersebut.

Bagi mereka, kata-kata yang dilontarkan ibu mentuanya ketika dia sedang sarat hamil tidak sepatutnya diucapkan.

"Orang tua-tua ni kadang mulut tu minta kena lempang. Jangan biar orang pijak kita sis, mentang-mentang kita diam nak disrespect pula.

"Perempuan dengan perempuan boleh pula tak rasa empati. Teruk benar perangainya.

"Suami awak pun sama, dah tahu mak dia macam tu, paksa juga berpantang dekat rumah mak dia," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain