suria

Gaji RM4,500 terus junam jadi RM1,700! Wanita dakwa suami ‘dihukum’ majikan zalim, upah dipotong lepas EL jaga anak sakit

Bukan mudah untuk individu dan pasangan apabila berdepan kesulitan kewangan. -Gambar hiasan AI

LUMRAH apabila anak jatuh sakit, sudah tentu ibu bapa menjadi individu paling terkesan dan sanggup berkorban demi memastikan si kecil mendapat penjagaan terbaik.

Dalam keadaan cemas dan penuh kebimbangan, ada ibu bapa terpaksa mengambil cuti kecemasan (EL) atau mengorbankan komitmen kerja demi memberi tumpuan kepada anak.

Dalam satu hantaran di Threads, seorang wanita mendakwa suaminya menerima tekanan daripada majikan selepas mengambil cuti kecemasan untuk menjaga anak mereka di hospital.

"Suami saya mula bekerja dua bulan lalu dekat sebuah syarikat. Kemudian, minggu lepas anak lelaki kami kena masuk hospital sebab demam yang tinggi dan disyaki campak (measles).

"Jadi suami kena jaga anak kami. Suami requested bekerja dari rumah atau bawa anak ke pejabat.

"Tapi management kata lebih baik EL (cuti kecemasan) je dan fokus kepada keluarga," tulisnya sambil menambah, suaminya masih dalam tempoh percubaan (probation).

Ibu atau bapa sanggup mengetepikan komitmen demi menjaga anak yang sakit. -Gambar hiasan AI

Apa yang mengejutkan, suaminya kemudian dimaklumkan bahawa pihak atasan syarikat tidak berpuas hati kerana mengambil cuti kecemasan selama empat hari.

Menurut wanita itu, suaminya kemudian diberikan dua pilihan iaitu menerima pemotongan gaji secara drastik atau meletakkan jawatan.

"Dipendekkan cerita, hari ini, dia dapat berita bahawa CEO (ketua pegawai eksekutif) tidak berpuas hati kerana dia ambil EL selama empat hari, dan kata nak turunkan gaji suami dari RM4,500 kepada RM1,700 (basic). 

"Atau suruh dia resign dan cari kerja lain," kongsinya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Belum sempat masuk bilik temu duga, calon kena ‘reject’ sebab asal Kelantan... Bakal bos terjerit-jerit marah ejen cari kerja!

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau 70kg pun, ada masalah ke?” - Pelajar praktikal sakit hati bos asyik ‘body shaming’, hina bentuk fizikal staf

Lebih membimbangkan, wanita itu berkata kontrak pekerjaan suaminya turut mengandungi klausa yang seolah-olah berat sebelah, sekali gus membuatkan mereka buntu untuk mengambil sebarang langkah susulan.

"Dalam agreement ada tulis sebarang perubahan yang dibuat pihak pengurusan adalah sah walaupun dilakukan pada saat akhir. 

"Lepas tu ada tulis juga yang dia tak boleh bekerja dalam bidang sama untuk lima tahun. Jadi kalau suami kerja dalam bidang sama dalam tempoh lima tahun, boleh ke company ambil apa-apa tindakan? 

"Boleh ke kami bawa kes ke pejabat buruh atau tak boleh," tulisnya lagi meminta pandangan warga maya.

  • Seorang wanita kongsi situasi suami yang menerima tekanan majikan gara-gara ambil EL.
  • Suami ambil EL empat hari kerana jaga anak demam.
  • Syarikat kemudian maklumkan mahu potong gaji suami atau beri pilihan untuk 'resign'.
  • Mereka buntu kerana ada klausa dalam kontrak pekerjaan yang seolah berat sebelah.
  • Netizen sarankan pasangan itu bawa kes tersebut kepada pihak berwajib.

Di ruangan komen, rata-rata netizen melahirkan rasa simpati terhadap situasi yang dialami suami wanita tersebut.

Majoritinya menyarankan supaya pasangan berkenaan membawa kes tersebut kepada pihak berwajib untuk mendapatkan keadilan.

"Awak boleh pergi JTK (Jabatan Tenaga Kerja) untuk dapatkan kaunseling dulu. Macam saya, saya pergi JTK tiga kali untuk kaunseling sebelum betul-betul ambil tindakan.

"Syarikat boleh menetapkan apa sahaja terma dan syarat yang mereka mahu, namun ia tetap tertakluk kepada undang-undang pekerjaan di Malaysia," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain