suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wajib maklum 3 hari awal jika mahu MC... HR tanggung malu jawapan ‘loyar buruk’ pekerja, tak sampai sejam terus tarik balik notis

Setiap pekerja wajib mematuhi peraturan yang ditetapkan syarikat. -Gambar hiasan AI

SETIAP syarikat pastinya mempunyai polisi serta peraturan tersendiri yang perlu dipatuhi oleh seluruh warga kerja.

Namun, ada polisi tertentu yang dilihat bukan sahaja tidak tidak masuk akal, malah boleh menyusahkan para pekerja.

Menurut seorang wanita, tempat kerja suaminya mengeluarkan arahan mewajibkan pekerja membuat makluman awal sebelum mengambil sijil cuti sakit (MC).

Pekerja berhak untuk cuti jika mereka tidak sihat. -Gambar hiasan AI

"Hari tu, jabatan Sumber Manusia (HR) tempat kerja suami aku hantar pekeliling dekat semua kakitangan. Mereka kata kalau nak MC, kena inform tiga hari awal.

"Laki aku memang pantang ada peluang nak loyar buruk. Terus dia balas, kalau macam tu saya rancang nak ambil MC hari Jumaat nanti. 

"Tak sampai sejam, terus HR tarik pekeliling tu. Bodoh punya arahan, memang kena 'bahanlah' dengan pekerja," tulisnya di aplikasi Threads pada Rabu.

  • Wanita kongsi cerita tentang polisi baharu syarikat suaminya.
  • Para pekerja diminta maklumkan tiga hari awal jika mahu MC.
  • Suami wanita itu terus memohon MC walaupun dia tidak sakit.
  • Tindakan suami wanita itu menyebabkan HR menarik semula arahan berkenaan.

Di ruangan komen, ramai netizen turut meninggalkan komen sinis serta kecaman terhadap kakitangan HR syarikat berkenaan.

"Ini terang-terangan bangang dan tak berfikir dulu sebelum keluarkan notis. Buat malu je.

"Memang begini je caranya untuk ajar mereka. Loyar buruk je," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat aku kawan kau?” - Pegawai HR ‘terpaling korporat’ berang calon pelatih industri balas e-mel hanya panggil nama

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bengang HR syarikat suami tangguh bayar gaji, guna alasan cuti umum... Paling geram rancangan sambut ‘birthday’ anak lebur!

Bagaimanapun, di sebalik kecaman itu, seorang netizen tampil memberikan penjelasan tentang kewajaran pekeliling berkenaan.

"Memang ada MC atau hospitalization leave yang boleh dirancang. Contoh MC medical check up ambil darah atau buat kemoterapi, biasanya hospital memang akan bagi MC.

"Contohnya lagi, masuk hospital untuk pembedahan buang tumor, cyst atau follow up, itu semua boleh dirancang awal dan boleh maklumkan awal kepada majikan," jelasnya.

Artikel Lain