suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda 19 tahun menggigil ketakutan, trauma dijangkiti sifilis kali kedua... Buat hubungan songsang tanpa kondom

Individu yang mengamalkan hubungan songsang terdedah kepada jangkitan penyakit seksual. -Gambar hiasan AI

INDIVIDU yang terlibat dengan aktiviti seks bebas sememangnya berisiko terkena penyakit jangkitan seksual.

Menurut seorang pemuda berusia 19 tahun, dia bimbang sekali lagi akan dijangkiti sifilis selepas terlanjur melakukan hubungan sejenis.

"Saya nak minta tolong. Saya dah buat benda bodoh dua kali. Masa 2024, saya pernah kena sifilis sebab buat hubungan songsang. 

Mereka yang mengamalkan hubungan songsang perlu melakukan saringan kesihatan. -Gambar hiasan AI

"Lepas tu, keluarga memang kongkong gila-gila. Mereka takut saya buat benda tu lagi. Tapi dua hari lepas, tanpa fikir masak-masak, saya buat lagi.

"Saya buat benda bodoh tu dan sekarang ketakutan. Saya overthinking gila, takut sifilis tu datang balik dan kembali dibenci keluarga," luahnya pada Selasa.

Tambah pemuda itu, dia semakin bimbang memikirkan bahana yang diterima kerana melakukan hubungan songsang tanpa menggunakan kondom.

  • Seorang pemuda mengaku pernah dijangkiti sifilis dua tahun lalu.
  • Imbasnya, dia dikongkong keluarga selepas perkara itu terbongkar.
  • Pemuda itu mengaku kembali melakukan hubungan terlarang dengan lelaki.
  • Dia kini bimbang akan dijangkiti sifilis sekali lagi sehingga dibenci oleh keluarga.

Hantaran yang dimuat naik menerusi aplikasi Threads itu turut menerima pelbagai komen netizen.

Beberapa netizen memberi saranan agar pemuda itu segera menjalani saringan bagi mengetahui status kesihatannya.

"Dah pandai buat kan? Sekarang ambil tanggungjawab seperti orang dewasa. Pergi buat pemeriksaan sekarang.

ARTIKEL BERKAITAN: Takut kena gelak dekat balai... Pemuda mangsa gangguan seksual ‘housemate’ lelaki malu lapor polis, susah tunjuk bukti

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda lembut dalam dilema, kesian kawan-kawan lelaki tulen digelar gay - “Rapat sikit, terus dituduh bercinta”

"Pergilah ke klinik. Jangan takut. Kalau takut, macam mana nak sihat? Pergi sendirian pun tak apa," tulis beberapa netizen.

Beberapa pelayar Threads turut meminta pemuda itu bertaubat dan tidak mengulangi kesilapannya.

Malah kata netizen, dia juga berisiko dijangkiti HIV sekiranya berterusan melakukan hubungan sejenis pada masa akan datang.

Artikel Lain