Hubungan kekeluargaan tidak memberi lesen untuk seseorang menceroboh kediaman orang lain. -Gambar hiasan AI
HUBUNGAN sesama ahli keluarga pastinya lebih akrab apabila masing-masing tinggal berdekatan, malah sering berkumpul untuk meluangkan masa bersama.Namun berbeza pula kisahnya bagi seorang wanita, apabila impian untuk hidup harmoni bertukar menjadi pengalaman kurang menyenangkan selepas tinggal berjiran dengan kakak iparnya sendiri.Menerusi satu luahan di media sosial, wanita itu meluahkan rasa terkilan dan tidak puas hati apabila mendakwa ruang privasi rumahnya diceroboh sesuka hati setiap kali dia tiada di rumah.Pemilik rumah boleh menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau kediaman. -Gambar hiasan"Dia merupakan kakak kepada suami aku. Kalau balik kampung, aku memang tinggalkan kunci rumah kepada kakak ipar. Aku bagi sebab percaya. "Tapi biras aku cerita, dia masuk rumah masa aku tiada. Masuk buat meeting famili dalam rumah tu tanpa keizinan aku. Sejak tu aku menyampah dengan kakak ipar."Terserempak depan rumah pun aku rasa meluat. Anak-anak dia pun mulut biadab. Suka perlekeh barang dalam rumah aku," luah wanita itu penuh kesal.Wanita tular selepas kongsi pengalaman buruk tinggal berjiran dengan kakak ipar.Dia mendakwa rumahnya diceroboh oleh kakak ipar ketika ketiadaannya.Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika dia sekeluarga pulang ke kampung.Wanita itu turut mengadu tentang anak-anak kakak iparnya yang tidak beradab.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam hantaran sama, dia turut mempersoalkan tindakan melampau kakak iparnya yang tergamak menggunakan ruang dalam kediamannya tanpa meminta izin terlebih dahulu."Padahal rumah dia sama luas dengan rumah kita. Rumah pun design sama. Tapi dia pilih untuk meeting dalam rumah orang tanpa kebenaran."Benci gila perangai kakak ipar aku. Memang tak tinggal dah kunci dekat dia. Dah tak bagi anak-anak dia masuk rumah aku. Mak tak ada adab, perangai turun kepada anak-anak," ujarnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Baru habis pantang, kakak ipar pula minta jaga anak ketika tumpang bermalam - “Ingat saya bibik ke?”ARTIKEL BERKAITAN: Ipar campur tangan soal nama anak, wanita terkilan suami ikut sahaja cakap kakak - “Kita yang mengandung 9 bulan”Di ruangan komen, ramai pelayar Threads turut menyatakan sokongan terhadap wanita itu."Kalau macam ni gayanya, memang akan ada banyak lagi episod makan hati dengan kakak ipar tu. Baik pindah jauh sikit."Duduk berjiran dengan ipar duai pun boleh bagi tekanan juga. Ada je yang tak kena, rasa tak bebas," kata sebilangan netizen.