suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ipar campur tangan soal nama anak, wanita terkilan suami ikut sahaja cakap kakak - “Kita yang mengandung 9 bulan”

Dalam sesetengah situasi, pemilihan nama anak boleh menimbulkan perbezaan pendapat dalam kalangan pasangan mahupun ahli keluarga. -Gambar hiasan AI

PEMILIHAN nama anak selalunya menjadi momen istimewa buat ibu bapa kerana ia membawa makna dan harapan tersendiri kepada cahaya mata yang dilahirkan.

Namun bagi seorang wanita, pengalaman memilih nama anak bertukar menjadi perkara menyakitkan hati apabila mendakwa iparnya masuk campur sehingga memandai-mandai menukar nama tanpa persetujuannya.

Menerusi satu luahan di Threads, wanita itu mengakui terkilan dengan tindakan kakak iparnya yang didakwa melebih-lebih dalam urusan keluarga mereka.

"Apa perasaan korang, ipar letak nama anak kita senyap-senyap tanpa pengetahuan kita?" soalnya.

Menurut wanita tersebut, dia sebenarnya sudah mempunyai pilihan nama untuk anak lelakinya dan perkara itu turut dimaklumkan kepada suami lebih awal.

Wanita yang sedang berpantang memerlukan sokongan daripada pasangan dan orang sekeliling. -Gambar hiasan AI

Namun, kakak iparnya dikatakan tidak bersetuju dengan nama berkenaan.

"Ceritanya macam ini, aku dah ada pilihan untuk nama anak lelaki aku. Dan aku sudah beritahu dekat suami, aku nak letak nama itu.

"Lepas tu ipar aku tahu nama yang aku nak letak dan dia tak bersetuju," kongsinya.

Tambahnya, ketika itu dia sedang menjalani tempoh berpantang di rumah mentua dan tidak dapat keluar untuk menguruskan pendaftaran kelahiran anak.

Disebabkan itu, suaminya pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersama kakak iparnya untuk mendaftarkan nama bayi mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Ipar suka 'stalk' media sosial, adu domba... Wanita tertekan sikap toksik keluarga mentua

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki menyesal berjiran dengan adik-beradik, akhirnya jual rumah gara-gara kakak ipar toksik! Kasihan isteri selalu disindir

"Dekat JPN, kau tahu tak? Kakak ipar aku pergi tukar nama lain. Dia cakap nama yang aku nak letak itu tak sesuai.

"Dan suami aku ikutkan sahaja apa yang kakak dia buat. Korang boleh faham tak perasaan aku?" luahnya lagi.

Menurut wanita itu, perkara sama turut berlaku ketika kelahiran anak keduanya apabila nama pilihan yang disukainya sekali lagi tidak dipersetujui oleh iparnya.

Malah kali ini, suami kepada kakak iparnya pula didakwa menjadi individu yang menamakan anak tersebut.

"Aku nak tanya korang. Apa perasaan korang kalau jadi macam ni?

  • Seorang wanita meluahkan rasa geram terhadap kakak iparnya.
  • Dia mendakwa wanita itu masuk campur dalam pemilihan nama anaknya.
  • Dia sudah mempunyai nama pilihan untuk anak, tetapi diubah oleh kakak ipar di JPN ketika pendaftaran.
  • Ketika itu dia tidak dapat bersama ke JPN bersama suami kerana berpantang.
  • Lebih mengecewakan, perkara sama berlaku ketika anak keduanya lahir.

"Kita yang mengandung sembilan bulan, hadap rasa sakit mengandung, alahan, mengidam, sakit beranak, sakit kena jahit, tapi orang lain yang melebih-lebih letak nama anak kita," katanya.

Luahan itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib wanita berkenaan.

Ramai berpendapat soal pemilihan nama anak sepatutnya menjadi hak ibu bapa dan tidak wajar diputuskan oleh pihak lain tanpa persetujuan kedua-duanya.

"Boleh meroyan baca ni time berpantang. Pergi tukar nama. Kurang ajar betul ipar-ipar awak tu. Tak ada anak sendiri ke smpai nak bagi nama dekat anak orang?

"Tenang-tenang, anak umur berapa? Sebelum 12 tahun rasanya boleh tukar nama dekat JPN," komen netizen.

Artikel Lain