TIDAK semua lelaki sanggup menerima wanita yang bergelar janda sebagai isteri apatah lagi sekiranya mereka sudah mempunyai anak hasil perkahwinan terdahulu.Bebanan membesarkan zuriat orang lain bukan tugas mudah malah memerlukan kesabaran dan rasa tanggungjawab yang tinggi sebagai 'bapa segera'. Seperti wanita ini, pengalaman ditolak lelaki disukai disebabkan sudah mempunyai anak hasil perkahwinan terdahulu melukakan hati.Bagaimanapun, walaupun sedih namun dia tetap menghargai kejujuran lelaki tersebut daripada menipunya.Semua orang layak mendapat peluang kedua walaupun pernah gagal dalam hubungan sebelumnya. -Gambar hiasan AI"Saya faham tapi hati rasa sakit macam kena hukum pula sebab ada anak. Rasa macam anak ini satu bebanan. Saya menangis malam itu selepas kena reject."Rasa tak adil tapi selepas seminggu saya sedar kalau dia tak bersedia, dia bukan untuk saya. Anak saya bukan beban sebab dia adalah hadiah," luahnya menerusi Threads.Tambah wanita itu lagi, dia juga tersedar tidak perlu rasa bersalah disebabkan sudah mempunyai anak malah tiada sebab perlu menipu tentang status demi mendapatkan cinta lelaki."Lelaki yang tepat akan terima saya dan anak ini. Saya tidak akan sorok yang saya sudah ada anak sebab saya bangga jadi ibunya," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Tak segan keluar dating, siap belikan cincin! Wanita ‘berbulu’ saksi 2 rakan sekerja jalin hubungan sulit - “Jiwa meronta nak beritahu si isteri”ARTIKEL BERKAITAN: Nak dapatkan penjelasan hubungan sulit, wanita kena ‘basuh’ dengan skandal suami - “Tahu tak macam mana dia struggle?”Dalam pada itu, wanita ini mengakui terdetik mencari pasangan kerana berasa sunyi selepas bercerai selain sudah bersedia menerima kehadiran orang baharu dalam hidupnya.Namun pengalaman itu membuatkan dia sedar bahawa hidup bersendirian jauh lebih tenang berbanding berada dalam hubungan tidak bahagia."Kawan saya pernah tanya kau tak sunyi ke tak ada partner? Saya jawab pernah, sampai saya pergi date dengan lelaki yang pesan air teh o limau je untuk dua jam berborak."Selepas itu saya sedar dulu saya ada suami tapi lagi sunyi. Jadi hidup sendiri tanpa pasangan ini satu upgrade," kongsinya.Ibu tunggal sedar anak bukan beban selepas ditolak lelaki yang disukai.Wanita anggap hidup solo lebih tenang selepas pengalaman pahit bercinta.Lelaki enggan jadi bapa tiri, netizen puji sikap jujur sejak awal.Luahan ibu tunggal ditolak kerana ada anak raih perhatian ramai.Wanita bangga dengan status ibu tunggal meskipun pernah kecewa dalam hubungan.Ringkasan ini dijana oleh AIMenjengah ke ruangan komen, ramai netizen berpendapat lelaki tersebut wajar dipuji kerana berlaku jujur sejak awal daripada memaksa diri menerima sesuatu yang belum bersedia dipikul."Itu hak dia. Lebih baik dia terus terang dari awal daripada dia terpaksa menerima. Setiap orang ada pilihan masing-masing. Ada anak itu tak salah pun."Baguslah dia jujur. Ada kes sanggup terima anak tiri hanya sebab mahukan emaknya saja."Lepas sudah dapat...! Lagi kesian kalau anak dapat bapa tiri yang tak boleh sayang dia macam ayah kandung," komen sesetengah netizen pada hantaran berkenaan.