Tempoh percubaan (probation) merupakan fasa penilaian prestasi sebelum seseorang disahkan ke jawatan tetap.-Gambar hiasan AI
KEADAAN kesihatan boleh memberi kesan besar kepada kehidupan seseorang, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan kerjaya dan sumber pendapatan.Begitulah situasi dilalui seorang individu yang meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa diminta meletakkan jawatan ketika masih dalam tempoh percubaan susulan masalah kesihatan dialaminya. Menerusi satu perkongsian di laman X, individu tersebut berkata dia baru sahaja menjalani pembedahan akibat slip disc pada bulan lalu dan berita tersebut menambah kesakitan dialami."Aku kusut. Masih dalam probation tapi aku kena slip disc, pembedahan bulan lepas," kongsinya.Persekitaran tempat kerja menjadi antara faktor yang mempengaruhi prestasi seseorang. -Gambar hiasaMenurutnya, sepanjang tempoh cuti hospital (HL), dia ada memohon untuk bekerja dari rumah (WFH) kerana bimbang statusnya yang masih belum disahkan dalam syarikat."Time hospital leave (HL) aku minta nak kerja dari rumah sebab fikir masih probation," ujarnya lagi.Bagaimanapun, individu berkenaan mendakwa dia diminta untuk meletakkan jawatan selepas dia sepatutnya kembali bekerja di pejabat."Minggu ini sepatutnya aku masuk office tapi HR (sumber manusia) suruh resign.ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya ada pekerja tak kisah gaji rendah... Syukur dapat bos baik, kawan ofis bukan jenis toksik!ARTIKEL BERKAITAN: 4 tahun cuti raya tak lulus, gaji tak pernah naik... Wanita bertahan kerja di syarikat toksik sebab 2 perkara"Untuk makluman, aku graduan ijazah sarjana muda HR. Nak report tu boleh, tapi nak cari kerja itu susah. Sedih," luahnya.Perkongsiannya itu mengundang perhatian warga maya yang bersimpati dengan nasib individu berkenaan.Ramai menasihatinya supaya mendapatkan penjelasan rasmi daripada pihak syarikat dan mengetahui hak pekerja terutama melibatkan isu kesihatan ketika tempoh percubaan kerja.Seorang individu terpaksa jalani pembedahan akibat menderita slip disc.Dia masih dalam tempoh 'probation' di syarikatnya bekerja.Disebabkan itu, dia meminta untuk bekerja dari rumah (WFH) ketika cuti sakit.Dia terkejut apabila diminta 'resign' apabila masuk ke pejabat.Netizen menyarankan supaya dia membawa kes tersebut kepada JTK.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam pada itu, ramai menyarankannya untuk membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) agar nasibnya mendapat pembelaan."Laporkan kepada Insolvensi dan JTK. Saya pernah buat sebelum ini dan menang kes tersebut. Syarikat terpaksa membayar pampasan."Pilihan terbaik adalah jangan letak jawatan sendiri. Biarkan mereka yang tidak sahkan jawatan anda."Kumpul semua bukti, bawa kes itu ke JTK dan nyatakan bahawa anda tidak disahkan jawatan kerana kecederaan yang dialami," demikian antara komen netizen.