MENJELANG sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, ramai yang sedang atau telah selesai membuat persiapan untuk berhari raya.
Bukan sahaja menempah tiket pulang ke kampung, malah masing-masing sudah memohon cuti untuk meraikan 1 Syawal bersama keluarga.
Namun, impian seorang pekerja wanita yang mahu bercuti raya nampaknya berkubur lagi tahun ini.
Tekanan tidak dapat berhari raya di kampung yang dilalui sejak bertahun-tahun itu mendesaknya untuk berhenti kerja dari sebuah syarikat.
Seorang wanita yang pulang dari tempat kerja dalam kepenatan. -Gambar hiasan
"Aku nak berhenti kerja tapi aku tak ada backup plan. Tempat kerja sekarang bos terlalu toksik untuk aku teruskan.
"Dah masuk empat tahun kerja, tapi sekali pun tak pernah dapat cuti raya dengan alasan staf tak cukup, AL (cuti tahunan) yang setahun cuma 18 hari tu pun susah nak nak luluskan," luahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sanggup ‘resign’ walau gaji hampir 10K! Anggap diri bukan isteri baik jika tiada di sisi suami, anak setiap masa
ARTIKEL BERKAITAN: Dulu dipecat 24 jam, kini ditawar semula kerja... Wanita buntu nak terima, risau kisah hitam berulang
Disebabkan permohonan AL sukar untuk diluluskan, cuti tahunannya pasti berbaki beberapa hari dan dibawa ke tahun berikutnya.
Bukan setakat sukar bercuti bagi menyambut Aidilfitri, malah wanita itu turut mengeluh mengenai gajinya tidak dinaikkan sejak empat tahun lalu.
"Syarikat boleh tahan, nama besar tapi selama empat tahun kerja ni, gaji tak dinaikkan. Bonus pun cuma dapat separuh je.
Syarikat boleh tahan, nama besar tapi selama empat tahun kerja ni, gaji tak dinaikkan.
PEKERJA WANITA
"Alasan syarikat macam biasalah, tak ada untung," ujarnya.
Di sebalik perasaan tidak puas hati itu, dia mengakui terdapat perkara yang membuatkan dirinya masih dapat bertahan untuk bekerja di syarikat tersebut.
Seorang wanita mempunyai pilihan untuk menjadi suri rumah sekiranya berhenti kerja. -Gambar hiasan
Mengulas lanjut katanya, waktu kerjanya pada masa ini lebih fleksibel dan tidak perlu berjumapa dengan majikannya setiap hari.
"Tapi kerja yang sekarang bestnya sebab kerja aku bukan diperhatikan oleh bos. Jadi, kami memang berhubung melalui WhatsApp je.
"Jumpa pun waktu meeting je, itu pun enam bulan sekali. Jadi, setahun cuma dua kali je aku jumpa dia.
"Kerja yang sekarang best sebab waktu office hour, dan cuti pula setiap hujung minggu dan cuti umum," jelasnya lagi.
Jauh di sudut hati, dia sebenarnya merancang untuk berhenti kerja, namun dalam masa sama memikirkan kesulitan yang bakal dihadapi kelak.
"Aku tak ada apa-apa kemahiran asas komputer. Jadi kalau aku nak kerja yang waktu office hour juga memang susah.
"Aku kalau boleh tak nak dah kerja-kerja retail atau F&B (makanan dan minuman). Kasihan anak-anak, nanti aku tak ada masa untuk mereka," katanya yang kini buntu dalam membuat keputusan.