suria

Lelaki buat fatwa sendiri, dakwa wajib cari malam Lailatul Qadar... Melenting bos tak izin cuti panjang akhir Ramadan nak qiamullail

Amanah dalam pekerjaan adalah tuntutan syariat yang melambangkan maruah diri dan pekerja yang profesional. -Gambar hiasan AI

SABAN tahun, isu pembahagian cuti menjelang Aidilfitri pasti menjadi topik hangat di tempat kerja. 

Ada yang mengambil cuti lama kerana mahu pulang awal ke kampung atau sekadar ingin membuat pelbagai persiapan dan sebagainya.

Namun, berlainan pula dengan kisah yang dikongsikan individu ini mengenai seorang rakan sekerjanya yang berkeras mahu mengambil cuti kerana ingin melakukan qiyamullail sepanjang 10 malam terakhir Ramadan.

"Ada colleague aku ni, dia akan ambil cuti tujuh hari sebelum raya sebab nak buat qiamullail. Dah dua tahun dia buat. 

"Jadi tahun ni, manager aku bagitahu yang dia mungkin tak boleh nak bagi cuti panjang tu sebab ramai ambil cuti sebelum raya," kongsinya dalam satu hantaran di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak malu buat dosa! Wanita sedih rakan sekerja lelaki Muslim bebas bawa plastik sarapan waktu siang, badan bau rokok

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya puasa depan isteri! Wanita meluat rakan sekerja selamba teguk air, ditegur soal fidyah buat-buat tak dengar

Ujarnya, situasi itu mencetuskan rasa tidak puas hati rakan sekerjanya itu.

Menurutnya, lelaki tersebut bertindak mempertahankan tindakannya dengan berhujah bahawa qiamullail pada 10 malam terakhir Ramadan adalah wajib bagi mencari malam Lailatul Qadar.

"Dia marah manager aku dan pergi dekat rakan sekerja yang lain-lain untuk menguatkan hujah dia yang qiamullail itu wajib masa 10 malam terakhir Ramadan. 

"Dia keluarkan segala hadis dan fatwa pasal malam Lailatul Qadar, dia spam WhatsApp manager aku. Manager aku Muslim... ada satu statement dia macam kata manager aku tak pandai bab agama yang mana buat manager aku terasa la," ceritanya lagi.

Umat Islam digalakkan menghidupkan Ramadan dengan memperbanyakkan ibadah seperti solat sunat, qiamullail, membaca al-Quran serta bersedekah. -Gambar hiasan

Disebabkan sikap pekerja itu agak keterlaluan, rakan sekerja yang lain tampil mempertahankan tindakan pengurus mereka lebih-lebih lagi isu cuti wajar mengambil kira semua pihak. 

"Kami pun cakap dengan dia yang qiamullail ni sunat. Kerja hakiki ni wajib, memudahkan urusan orang tu sunnah, kerja pun ibadah.

"Dah la tempat kerja kami ni best, dekat dengan masjid, lelaki boleh pergi solat Jumaat, masa tak sibuk boleh mengaji. 

"Jadi aku tak faham apa yang dia nak kejar sangat cuti untuk qiamullail sampai tak boleh nak bertolak ansur cuti dengan orang lain," luahnya lagi.

  • Seorang individu berkongsi kisah rakan sekerjanya yang ambil cuti tujuh hari berturut-turut sebelum raya untuk melakukan qiamullail.

  • Pengurus maklumkan cuti panjang itu mungkin tidak dapat diluluskan kerana ramai pekerja lain turut memohon cuti.

  • Rakan sekerja tersebut tidak berpuas hati dan mendakwa qiamullail pada 10 malam terakhir Ramadan adalah wajib untuk mencari Lailatul Qadar.

  • Dia turut menghantar mesej panjang kepada pengurus serta menggunakan hujah agama.

  • Warga maya mengecam sikapnya yang dianggap mementingkan diri dan tidak bertolak ansur soal pembahagian cuti

Di ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam sikap rakan sekerja individu terbabit yang mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira situasi rakan setugas lain.

"Ramai je orang iktikaf 10 malam terakhir, tapi pergi je kerja pada sebelah siang.

"Terpaling qiamullail.

"Entah-entah dia tolong bini dia buat kuih raya," komen netizen.

Sebahagian daripada komen netizen.

Pandangan ulama

Qiyamullail adalah suatu kata nama bagi perbuatan menghidupkan malam dengan ibadah yang bersifat umum seperti solat tahajjud, membaca al-Quran, doa, dan selainnya dari amalan soleh.

Memetik laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukumnya sunat muakkad kepada seluruh umat Islam.

Menyentuh tanggungjawab kerja dalam Islam pula, Imam Ibn Taymiyyah menegaskan bahawa menyempurnakan kewajipan adalah lebih utama daripada melakukan perkara sunat.

Dalam konteks pekerjaan bergaji, menunaikan kontrak kerja adalah kewajipan kerana melibatkan hak orang lain (hak majikan).

Dalam pandangan Salaf, ibadah yang membawa kepada keberkatan rezeki melalui pekerjaan yang jujur adalah lebih mulia daripada ibadah sunat yang dilakukan dengan mengabaikan hak kontrak.

Artikel Lain