suria

Datang masjid pun jarang, warga emas suka-suka lepuk kepala budak... Pemuda terus ‘sound’ geram perangai tak sepadan umur

Sikap segelintir jemaah yang terlalu tegas membuatkan kanak-kanak trauma ke masjid. -Gambar hiasan AI

TIDAK dinafikan ada segelintir jemaah, khususnya golongan yang sudah berumur, dilihat kurang senang dengan kehadiran kanak-kanak di masjid.

Ini kerana mereka beranggapan kehadiran mereka hanya menggangu ketenangan ibadah apabila sering membuat bising dan menimbulkan huru-hara.

Di laman Threads, seorang pemuda berkongsi pengalamannya berdepan situasi sedemikian sehingga terpaksa campur tangan ekoran tindakan seorang jemaah warga emas yang dianggap keterlaluan.

"Aku pernah sound sorang pakcik ni. Depan orang ramai, dia pergi lepuk kepala budak. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Muda lagi dah solat guna kerusi” - Wanita tahan amarah disindir makcik dalam surau, nak sembahyang tapi tak jaga lidah!

ARTIKEL BERKAITAN: Makcik tak tahu sabar di masjid, selamba tarik kerusi solat... Siap bisik di telinga jemaah - “Kalau adik guna, adik angguk ya”

"Pakcik ni pun bukan jenis yang selalu nampak di masjid. Biasanya muka dia muncul masa masjid ada event je.

"Budak yang dia lepuk tu? Budak tu setiap hari ada di masjid. Setiap waktu datang. Hari tu pun depan mata aku sendiri, budak tu datang nak bantu buat kerja," kongsinya.

Tambah pemuda itu, sekiranya kanak-kanak itu melakukan kesilapan sekalipun, ia seharusnya ditegur dengan cara lebih berhemah dan mendidik, bukannya menggunakan kekerasan.

"Ini tak. Terus dia main lepuk je kepala anak orang.

Kehadiran kanak-kanak dapat mengimarahkan sesebuah masjid. -Gambar hiasan

"Aku terus sound, apasal main ketuk kepala anak orang? Tak payah la nak marah-marah, cakap elok-elok kan boleh," ujarnya.

Apa yang lebih dikesalkan, selepas kejadian tersebut dia mendakwa tidak lagi melihat kelibat kanak-kanak berkenaan di masjid seperti sebelumnya.

"Itu buat aku fikir tentang perangai segelintir orang tua dekat masjid sampai sekarang.

"Apa pun tak semua orang tua macam tu. Ada yang sangat meraikan. Benda ni kena selesaikan dengan hikmah. Kalau tidak, masjid kita akan sunyi daripada orang muda," luahnya lagi.

  • Seorang pemuda berkongsi pengalaman menegur seorang warga emas yang mengetuk kepala budak di masjid.

  • Budak tersebut hadir setiap hari untuk bantu kerja masjid dan belajar, bukan mengganggu.

  • Pemuda menegaskan teguran berhemah lebih baik daripada menggunakan kekerasan.

  • Selepas kejadian, budak itu jarang kelihatan di masjid, menimbulkan rasa kesal pemuda.

  • Netizen berkongsi pengalaman serupa, menekankan pentingnya hikmah supaya masjid tetap mesra kanak-kanak.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya mengakui perkara tersebut sambil berkongsi kisah di masjid kawasan masing-masing.

"Anak saya penah kena tarik sideburn masa dekat masjid. Masa dia umur lima tahun. Tengah borak dengan kawan, dia kata tak bising pun. Sejak tu dia tak nak dah ikut pergi masjid.

"Dulu pernah kena macam ni. Dua minggu tak pergi surau tu sebab tak nak terserempak dengan dia. Sekarang dah mati dah orang tu.

"Dah nak mam*** baru jejak masjid, lepas tu terpaling beramal macam dia paling alim," komen netizen.

Artikel Lain

Intan Najuwa hamil anak kedua