suria

Pekerja sedih pelanggan seagama mengamuk gara-gara satu juadah berbuka lambat sampai - “Sampai hati marah, kami pun belum makan”

Restoran dan kedai makan dibanjiri pelanggan ketika waktu berbuka puasa. -Gambar hiasan

BERPUASA bukan sekadar menahan rasa lapar dan dahaga, malah ia menguji kesabaran serta keikhlasan kita dalam menjalani ibadah.

Bulan yang mulia ini turut mengajar umat Islam untuk lebih bersabar dan mengawal emosi dalam kehidupan seharian.

Di TikTok, seorang pekerja kedai makan mendedahkan sikap segelintir pelanggan yang tidak sabar ketika tibanya waktu berbuka puasa.

Kedai makan biasanya menerima banyak pesanan menjelang waktu berbuka puasa. -Gambar hiasan

Lebih teruk, wujud pelanggan yang tergamak memarahi pekerja, sedangkan mereka juga adalah umat Islam yang sedang berpuasa.

"Sesama Islam kan? Apalah salahnya ada ihsan dekat kami ni? Janganlah menengking kami, tanya kenapa makanan tak cukup? Sabar. 

"Yang masak kat dalam tu pun Islam. Mereka pun tak berbuka lagi. Sampainya hati marah kami sebab satu makanan je yang tak sampai. 

Kami yang kerja di kedai makan ni pun manusia, orang Islam yang sedang berpuasa.

PEKERJA KEDAI MAKAN

"Sedih betul hati ni. Sekurang-kurangnya anda dah dapat berbuka. Kami belum makan. Boleh sabar, kan? Bukannya takkan dapat, dapat," tulis wanita itu.

Dalam hantaran sama, wanita itu mendedahkan kebanyakan pekerja sepertinya hanya berbuka dengan meneguk air sahaja.

Malah katanya, sudah menjadi lumrah buat golongan pekerja ini yang terpaksa berbuka lewat demi mendahulukan pelanggan.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri menangis makan nasi dagang, lepas berbuka suami cari peniaga bazar sampai jumpa! ‘Sebiji’ masakan arwah ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Sekali jejak bazar Ramadan, habis RM150! Balik rumah terkejut, rasa tak masuk akal tengok makanan dibeli

"Saja nak bagi peringatan. Kami yang kerja di kedai makan yang anda datang untuk iftar ni pun manusia, Islam yang sedang berpuasa. Penat, lapar, dahaga. 

"Tapi kami selalu dahulukan pelanggan punya makanan. Kami makan lepas semua pelanggan dapat makanan. Kadang lepas 10 minit waktu berbuka, baru dapat buka. 

"Nak teguk air pun kadang tak sempat. Bukannya dah order awal, anda duduk, terus semua order dapat. Kita masak fresh. Bukan dah masak dulu baru hidang," kongsinya lagi.

Mamak for news story, June 1, 2019. GLENN GUAN/The Star

Pelanggan tidak sewajarnya memarahi pekerja dengan bahasa yang kesat -Gambar hiasan

Video yang meraih lebih 160,000 tontonan itu turut dihujani pelbagai komen netizen.

"Sebagai bekas pekerja F&B, saya faham sangat perasaan anda. Moga sentiasa dimurahkan rezeki.

"Sedihnya baca. Semoga yang bekerja kedai makan diluaskan rezeki," tulis netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain