suria

Aksi kejam pemuda gunting misai, potong bulu kucing hingga ‘tobek’ dirakam CCTV... Berdepan denda RM50,000, penjara 18 bulan

Perbuataan seorang pemuda menggunting bulu kucing dirakam CCTV.

SEORANG lelaki berusia 23 tahun didakwa atas kesalahan menganiaya haiwan selepas dia bertindak memotong bulu seekor kucing komuniti dikenali sebagai Timmy secara paksa pada 7 Februari lalu.

Berdasarkan pertuduhan, Xavier Seah Ja Chen didakwa mengikut di Akta Haiwan dan Burung kerana menakutkan Timmy dengan kejam, menahannya, dan menggunakan gunting untuk memotong bulu serta misai kucing berkenaan.

Kejadian berlaku sekitar pukul 5.30 petang di Everton Park, Singapura.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsi oleh seorang penduduk menunjukkan Xavier Seah mendekati Timmy dengan memakai sarung tangan sambil membawa gunting. 

Dalam rakaman itu, dia dilihat menahan kucing tersebut sebelum memotong bulunya.

Akibat tindakan itu, Timmy mengalami beberapa tompokkan botak pada bulunya, namun kucing tersebut tidak cedera.

Xavier Seah diarahkan ditahan di Institut Kesihatan Mental untuk pemeriksaan perubatan, dan kesnya akan didengar semula pada 12 Mac depan.

Mereka yang disabitkan kesalahan penderaan terhadap haiwan boleh dikenakan denda sehingga S$15,000 (RM51,000) atau penjara tidak melebihi 18 bulan, atau kedua-duanya sekali. 

Bagi pesalah berulang, denda boleh mencecah S$30,000 (RM102,000) atau penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya.

Artikel Lain